Postingan

Menampilkan postingan dari Juni, 2016

Semperit Nutella

Gambar
Assalamualaikum. Sekarang kita sudah pun berada di penghujung Ramadhan. Pasti ramai suri rumah yang sudah semakin sibuk membuat persiapan untuk menyambut kedatangan bulan Shawal. Seperti kaum ibu yang lain, ita juga semakin hari semakin sibuk. Masih banyak lagi tempahan yang harus di sipakan. Nampaknya sudah semakin menghampiri garisan penamat.. tapi masih banyak yang hrus di segerakan. Maklumlah cuti sekolah sudah semakin hampir dan ramai yang sudah mula nak pulang ke kampung. Dalam kesibukkan ita menyiapkan tempahan, sempat juga selitkan sebalang dua kuih untuk di bawa pulang ke kampung. Tak kan nak pulang dengan melenggang kangkung aje kan.. kurang-kurang adalah sebalang dua kuih untuk ibu di kampung. Hari ni ita sempat sediakan biskut Semperit Nutella hasil perkongsian dari Azlina Ina. Resepi ni ita ambil dari Nur Ernyda. Resepi yang sangat simple dengan bahan yang sangat minima. Hanya guna tepung jagung, butter , susu pekat manis dan nutella. Teruja nak mencuba kerana biskut tidak

Milky Oreo Cookies

Gambar
Ramai yang pm ita dan minta ita kongsikan resepi biskut raya yang ita jual untuk tahun ni. Ada yang ita dah pun kongsikan sebelum ini dalam blog ni macam biskut choc chip, red velvet, tart dan ombak rindu. Tahun ni pula ada dua lagi biskut raya yang ita kenalkan iaitu milky oreo cookies dan cranberies cookies. Bagi mereka yang tinggal jauh yang tak berkesempatan untuk oder biskut raya, atau ada yang nak buat sendiri biskut raya tahun ni. Di sini ita kongsikan resepi milkey oreo cookies yang ita gunakan untuk buat jualan tahun ni. Bolehlah cuba untuk jadikan hidangan di hari raya nanti. MILKEY OREO COOKIES Bahan A 130 gm butter 70 gm gula 1/4 sudu teh esen vanilla secubit garam Bahan B 170 gm tepung gandum 20 gm tepung jagung 20 gm tepung beras 1/8 sudu teh baking powder 20 gm cornflakes ~ di kisar 20 gm serbuk badam 20 gm badan nibs 20 gm oreo ~ di kisar Hiasan Coklat putih ~ di cairkan Coklat Oreo ~ di kisar Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sebati Satukan bahan B dan masukkan dal

Milky Oreo Cookies

Gambar
Ramai yang pm ita dan minta ita kongsikan resepi biskut raya yang ita jual untuk tahun ni. Ada yang ita dah pun kongsikan sebelum ini dalam blog ni macam biskut choc chip, red velvet, tart dan ombak rindu. Tahun ni pula ada dua lagi biskut raya yang ita kenalkan iaitu milky oreo cookies dan cranberies cookies. Bagi mereka yang tinggal jauh yang tak berkesempatan untuk oder biskut raya, atau ada yang nak buat sendiri biskut raya tahun ni. Di sini ita kongsikan resepi milkey oreo cookies yang ita gunakan untuk buat jualan tahun ni. Bolehlah cuba untuk jadikan hidangan di hari raya nanti. MILKEY OREO COOKIES Bahan A 130 gm butter 70 gm gula 1/4 sudu teh esen vanilla secubit garam Bahan B 170 gm tepung gandum 20 gm tepung jagung 20 gm tepung beras 1/8 sudu teh baking powder 20 gm cornflakes ~ di kisar 20 gm serbuk badam 20 gm badan nibs 20 gm oreo ~ di kisar Hiasan Coklat putih ~ di cairkan Coklat Oreo ~ di kisar Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sebati Satukan bahan B dan masukkan dal

Biskut Ulat Bulu

Gambar
Bila mendengar namanya sahaja pasti dah meremang bulu roma. Ulat Bulu??? Tak gatal ke? Jangan risau namanya aje ulat bulu.. Mungkin dari rupanya yang panjang berketak-ketak tu yang di panggil ulat bulu tu.. tapi tak mengatalkan.. Bisku ni di katakan bersal dari Sarawak dan ada yang kata dari Sabah. Tak kisahlah dari mana sekali pun apa yang penting rasanya sangat sedap! Sekilas pandang kita sangkakan kuih makmur , biskut orang lama yang evergreen. Tapi rupa aje lebih kurang sama, rasanya mungkin sedikit berbeza. Jika kuih makmur menggunakan kacang sebagai inti, biskut ini sebaliknya menggunakan kurma yang di potong halus. Ia juga di salut dengan gula halus berbanding biskut makmur yang di salut gula icing. Buatnya adalah sedikit rumit, sebab nak kena letak inti dan gentel satu-satu. Memang mengantuk mata nak menghabiskan satu adunan. Tapi hasilnya berbaloi kerana rasanya yang sedap! kalau tak salut gula pun dah sedap. Bagi yang menjaga kesihatan , ita rasa tak payah salut gula. Tapi ka

Biskut Sarang Semut

Gambar
Satu lagi biskut evergreen yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Kata orang biskut orang dulu-dulu.. Nak kata lama tak lama jugak lah kan.. Seingat ita biskut ini popular sekitar ita darjah 5 atau darjah 6 gitu.. waaahhhh... lama lah jugak tu dik... sekarang umur akak pun dah nak masuk 5 series.. Biskut ni dia keluar dalam majalah kalau tak silap. Zaman dulu-dulu kan tak ada internet.. jadi segala koleksi biskut di ambil dari majalah, surat khabar, corong radio mahupun pada peket tepung atau kotak cornflakes. Popular lah biskut ni zaman tu.. hingga setiap rumah pasti tidak mahu ketinggalan lansung untuk menghidangkan biskut ini di dalam balang. Kalau pergi beraya pasti buka semua tutup balang kuih semata-mata nak lihat biskut sarang semut ni.. Pelbagai versi kemudian yang menjadi ikutan. Ada yang meletakkan coklat urai sebagai hiasan yang dikatakan versi yang original. Kemudian muncul pula dengan taburan manik, ada yang tabur gula warna-warnai dan pelbagai lagi lah.. mengi

Juadah berbuka puasa

Gambar
Salam Ramadhan buat semua.. Hari ini ita kongsikan resepi atau juadah berbuka puasa kami sekeluarga yang semakin hari semakin ringkas... hihi maklumlah maknya semakin sibuk dan semakin mengejar masa. Takut segala tempahan tidak dapat di sempurnakan dalam masa yang di janjikan. Ya allah.. haraplah semuanya berjalan lancar.. seperti apa yang telah di rancangkan dan di permudahkan hendaknya. Ok lah ita tak boleh cakap banyak sangat hari ni.. banyak lagi kuih yang harus di terap dan banyak loyang berisi biskut yang menanti giliran untuk di bakar. Kita terus aje pada juadah ita yang serba ringkas. PUDING JAGUNG Resepi oleh : Kak Haneliza 1/2 cawan tepung kastard 1/2 tin susu cair ~ 200 ml 1/2 cawan gula halus 1 sudu besar margerine 2 cawan air 1/2 tin jagung dalam tin Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau atas dapur dengan api yang sederhana hingga naik wap. meletup-letup dan berkilat Tuangkan ke dalam loyang atau acuan yang telah di oleskan dengan sedikit minyak Sejukkan Hidangkan

Tart Nenas Cheese

Gambar
Jeng.. jeng.. jeng... masa membuat biskut raya dah tiba.... Pasti teman-teman ita di luar sana sudah semakin sibuk menyiapkan persiapan hari raya. Dan pastinya yang satu ini tidak akan tertinggal dalam list yang di senaraikan. Biskut Raya Bila tiba hari raya biskut raya pastilah menjadi suatu kemestian yang perlu di utamakan. Ianya sebagai kudapan atau manisan di meja kopi yang menjadi hidangan di hari raya. Kalau kita bertandang ke rumah jiran tetangga, sahabat handai mahupun kaum keluarga. Pastinya biskut raya yang kita cari dulu.. Wahhh.... comelnya biskut raya dia... Emmm.... sedapnya biskut raya ni.. Kark kruk... rangupnya... Eh.. cantiklah yang ni.. Fuh... biskut kegemaran saya ni...  Pasti itulah kata-kata yang keluar dari tetamu yang bertandang ke rumah Bekas balang yang tersusun rapi senantiasa bersedia menyambut kedatangan tetamu tidak mengira masa. Biskut raya adalah biskut kering yang tahan lama, cepat dan segera dan sangat-sangat di perlukan ketika musim perayaan. Jika ada

Juadah Berbuka Puasa 14 Ramadhan

Gambar
Juadah berbuka puasa pada 14 Ramadhan yang lalu. Menu yang serba ringkas yang sempat ita sediakan di kala ita semakin sibuk menyiapkan tempahan biskut raya. Jadi mana yang sempat aje lah kan.. Dah pertengahan Ramadhan ni.. anak-anak dah semakin kurang memilih nasi. Bila melihat ibunya yang semakin sibuk, mereka pun dah tak banyak songeh.. apa aje mak masak kita makan.. Alhamdulillah mudah sikit kerja maknya. Ok hari ini ita kongsikan resepi yang sempat ita sediakan. Kita mulakan dengan minuman dahulu ya. Minuman yang menjadi kesukaan suami, air mata kucing. Minuman ni sesuai di minum panas atau sejuk. Tapi bulan Ramadhan ni semua minta yang dingin. Mudah aje cara penyediaan air mata kucing ni.. AIR MATA KUCING 1 gengam mata kucing kering 1 helai daun pandan di simpul gula secukup rasa air secukupnya Rebus mata kucing dengan air dan daun pandan hingga kembang Bila dah kembang masukkan gula secukupnya Biarkan didih Bila dah masak sejukkan Hidangkan dengan ketulan ais untuk rasa yang ding

Juadah berbuka puasa 13 Ramadhan 1437

Gambar
Assalamualaikum Apa khabar rakan-rakan yang ita kasihi. Alhamdulillah kita telah pun 2 minggu menjalani ibadah puasa. Pasti tika dan saat ini para ibu sudah mula sibuk dengan persiapan menyambut Aidil Fitri. Ada yang dah mula membuat biskut raya, menyiapkan pakaian anak-anak dan tak kurang juga yang sudah mula mengemas rumah. Ita pula macam ni lah, masih lagi sibuk menyiapkan tempahan biskut raya. Ini pula dah 2 hari sakit kepala, berdenyut-denyut.. migrane agaknya. Bila sakit kepala ni.. aduyaiii... memang masalah banyak tugasan yang tergendala. Tapi kadang ita lawan jugak.. buat tak tahu walaupun sakitnya bukan kepalang. Masih lagi teringat pesan mak setiap kali ita tidak sihat.. " jangan di manjakan sangat sakit tu... nanti jadi malas.. " Bila teringat pesanan emak.. sakit-sakit terpaksa juga ita kuatkan badan.. Harap dapatlah ita siapkan segala tempahan dalam masa yang di janjikan. Alhamdulillah dalam sakit-sakit dan dalam sibuk menyiapkan tempahan.. sempat juga ita masak