Postingan

Menampilkan postingan dengan label JUADAH RAMADHAN

Juadah berbuka puasa

Gambar
Salam Ramadhan buat semua.. Hari ini ita kongsikan resepi atau juadah berbuka puasa kami sekeluarga yang semakin hari semakin ringkas... hihi maklumlah maknya semakin sibuk dan semakin mengejar masa. Takut segala tempahan tidak dapat di sempurnakan dalam masa yang di janjikan. Ya allah.. haraplah semuanya berjalan lancar.. seperti apa yang telah di rancangkan dan di permudahkan hendaknya. Ok lah ita tak boleh cakap banyak sangat hari ni.. banyak lagi kuih yang harus di terap dan banyak loyang berisi biskut yang menanti giliran untuk di bakar. Kita terus aje pada juadah ita yang serba ringkas. PUDING JAGUNG Resepi oleh : Kak Haneliza 1/2 cawan tepung kastard 1/2 tin susu cair ~ 200 ml 1/2 cawan gula halus 1 sudu besar margerine 2 cawan air 1/2 tin jagung dalam tin Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau atas dapur dengan api yang sederhana hingga naik wap. meletup-letup dan berkilat Tuangkan ke dalam loyang atau acuan yang telah di oleskan dengan sedikit minyak Sejukkan Hidangkan ...

Juadah Berbuka Puasa 14 Ramadhan

Gambar
Juadah berbuka puasa pada 14 Ramadhan yang lalu. Menu yang serba ringkas yang sempat ita sediakan di kala ita semakin sibuk menyiapkan tempahan biskut raya. Jadi mana yang sempat aje lah kan.. Dah pertengahan Ramadhan ni.. anak-anak dah semakin kurang memilih nasi. Bila melihat ibunya yang semakin sibuk, mereka pun dah tak banyak songeh.. apa aje mak masak kita makan.. Alhamdulillah mudah sikit kerja maknya. Ok hari ini ita kongsikan resepi yang sempat ita sediakan. Kita mulakan dengan minuman dahulu ya. Minuman yang menjadi kesukaan suami, air mata kucing. Minuman ni sesuai di minum panas atau sejuk. Tapi bulan Ramadhan ni semua minta yang dingin. Mudah aje cara penyediaan air mata kucing ni.. AIR MATA KUCING 1 gengam mata kucing kering 1 helai daun pandan di simpul gula secukup rasa air secukupnya Rebus mata kucing dengan air dan daun pandan hingga kembang Bila dah kembang masukkan gula secukupnya Biarkan didih Bila dah masak sejukkan Hidangkan dengan ketulan ais untuk rasa yang ding...

Juadah berbuka puasa 13 Ramadhan 1437

Gambar
Assalamualaikum Apa khabar rakan-rakan yang ita kasihi. Alhamdulillah kita telah pun 2 minggu menjalani ibadah puasa. Pasti tika dan saat ini para ibu sudah mula sibuk dengan persiapan menyambut Aidil Fitri. Ada yang dah mula membuat biskut raya, menyiapkan pakaian anak-anak dan tak kurang juga yang sudah mula mengemas rumah. Ita pula macam ni lah, masih lagi sibuk menyiapkan tempahan biskut raya. Ini pula dah 2 hari sakit kepala, berdenyut-denyut.. migrane agaknya. Bila sakit kepala ni.. aduyaiii... memang masalah banyak tugasan yang tergendala. Tapi kadang ita lawan jugak.. buat tak tahu walaupun sakitnya bukan kepalang. Masih lagi teringat pesan mak setiap kali ita tidak sihat.. " jangan di manjakan sangat sakit tu... nanti jadi malas.. " Bila teringat pesanan emak.. sakit-sakit terpaksa juga ita kuatkan badan.. Harap dapatlah ita siapkan segala tempahan dalam masa yang di janjikan. Alhamdulillah dalam sakit-sakit dan dalam sibuk menyiapkan tempahan.. sempat juga ita masak...

Juadah berbuka puasa 12 Ramadhan

Gambar
Assalamualaikum Hari ini ita kongsikan juadah berbuka puasa pada hari ke 12 Ramadhan. Resepi yang serba ringkas untuk juadah berbuka puasa kami sekeluarga. Ita sediakan mee bandung. Anak nak makan mee pulak hari ni, jadi ita sediakan mee bandung kesukaan anak-anak. Untuk pemanis mulut pula ita sediakan bubur kacang. Suami pulak mengidam nak makan bubur kacang letak durian. Dah berapa hari dah asyik sebut nak makan bubur kacang aje.. hari ni dapatlah melempiaskan hajat beliau. Minuman pula ita sediakan air nenas. Jom lah kita intai menu yang serba ringkas ini. MEE BANDUNG Tulang dan daging - direbus  4 biji kentang - potong bulat2 nipis, digoreng kemudian diblend  Boleh gantikan keledek tapi jika keledek di rebus dahulu kemudian di lenyek halus Bahan kisar 30 tangkai cili kering 3 labu bawang besar 6 ulas bawang putih 1 cwn udang kering - direndam dan dikisar 2 sudu besar sos tiram 6 sudu besar sos cili 2 kiub daging 1 buku gula melaka (yg kecil) 2 sudu besar kacang tanah garam...

Menu berbuka puasa 10 Ramadhan

Gambar
Assalamualaikum Maaflah juadah tertunggak. Menu ini ita sediakan pada hari ke 10 Ramadhan. Hari ni dah pun 12 Ramadhan kan... Semalam 11 Ramadhan ita terlalu sibuk sebab segala oder untuk Kuala Lumpur ita kena siapkan semalam untuk di hantar. Tu yang ita sibuk seharian hingga ita tak sempat nak masukkan post ni dan juga tak sempat nak sedikaan juadah berbuka semalam. Jadi makan kedai lah kita kan... Ok kita terus aje pada menu hidangan yang ita sajikan pada 10 Ramadhan. 10 Ramadhan ita sediakan nasi ganja. Pernah dengar nama nasi ganja? Macam pelik aje kan... tapi nasi ni tak lah memabukkan.. Mungkin namanya di beri kerana keenakkan nasi ini yang menuntut sesiapa yang memakannya menambah nasi berulang-ulang.. kira macam ketagih lah tu... Itu lah sebab di gelarkan nasi ganja. Nasi ini di katakan cukup popular di utara tanahair.. dan lebih terkenal di Perlis. Ada juga yang kata ianya popular di Perak. Tak kisah lah kan dari Perlis atau Perak, apa yang penting kita dapat merasa pelbagai m...