Postingan

Menampilkan postingan dengan label Sahur di hospital. Nabil sakit perut.. ramadhan pertama ku 2017.

Sahur Pertama Di Hospital...😢😌

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dlm rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.. Hari ini insyaAllah dah 3 ramadhan kita berpuasa.. Saya pada hari Jumaat tu bersahur di hospital kerana pagi tu Nabil muntah2 dan cirit birit sakit perut. Mulanya pergi ke klinik lepas tu doktor refer ke hospital kerana simptom nya seperti appendiks.. itu pun KPJ Klang yg kosong wardnya.. hampir pukul 6.00pm baru nabil naik ke ward.. sebelum tu mendapat rawatan di bilik emergency tu.. Pukul 6.30pm saya balik rumah sekejap utk ambil kain baju saya.. sebab nak jaga nabil di hospital.. balik tu singgah restoran.. ingatkan nak beli lauk segera.. bila telefon rumah tanya kakak 2 orang tu nak makan apa.. rupsnya kak nabilah dah masak nasi dan lauk pauk.. Alhamdulillah dah boleh membantu.. dia dah masak ayam goreng berlada, sayur tumis kubis dan kentang goreng sambal dgn udang. Itulah lauk yg saya bawa bersahur bersama susu tamar.. saya solat tarawih pun dibilik ward tu.. Hari...