Postingan

Menampilkan postingan dengan label Roti Jala

SERAWA DURIAN Sahabat Dia ROTI JALA ^___^

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.. Buat serawa durian ni dah lama kot.. hehehe tengok tu sampai tak ingat.. dah elok jer duduk entri ni dalam draf tu yg sampai tak ingat tapi nak juga up entri ~__^ Durian ni pun beli sebab Nabil nak sangat makan durian.. tengok ada pulak orang menjualnya, pastu disetengah-setengah tempat dah ada musim durian kan.. En suami pun suka serawa durian ni, kekadang dia hirup jer kuah dia macam tu jer.. en suami kata dia kenal serawa durian bila kahwin dengan saya hehehe.. Dulu arwah mak dia buat lempuk jer.. dia tak berapa suka sangat tapi dia suka dodol durian yg arwah mak dia buat.. Kekawan nak resepi boleh ambil disini  SERAWA DURIAN Selepas tu sahabat serawa durian ni kita gandingkan dengan roti jala.. lagi sedap laju je menyuap  ke mulut roti jala ni .. tengok2 dah 5 keping masuk ke mulut... :) Kali ini di jala sepenuhnya oleh Cef Nabilah.. jadi macam2 versi lah...

ROTI JALA PANDAN SENTIASA LEMBUT

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik. Saya buat roti jala ni pada petang sabtu tempohari.. sebabnya kan saya masak kari daging (entri semalam) jadi utk minum petang tu saya buat lah roti jala ini. Resepi saya ambil dari Kak Rose .. My Kuali tu.. kata Kak Rose roti jala ini akan sentiasa kekal lembut sampai ke petang. Ternyata benar sebabnya,en suami dah balik lewat petang tu, bila dimakan masih lembut roti jala tu.. RESEPI ROTI JALA PANDAN Bahannya : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil garam  1 biji telur 3 cawan air/santan/susu segar ( saya guna santan cair) Sedikit pewarna kuning ( saya guna pes hijau pandan) Caranya :- Blend semua bahan di atas sehingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala. Saya masukan kedalam botol roti jala ni senang.. tak perlu nak senduk-senduk...