Postingan

Menampilkan postingan dengan label PENGAT DAN BUBUR

Juadah berbuka puasa 13 Ramadhan 1437

Gambar
Assalamualaikum Apa khabar rakan-rakan yang ita kasihi. Alhamdulillah kita telah pun 2 minggu menjalani ibadah puasa. Pasti tika dan saat ini para ibu sudah mula sibuk dengan persiapan menyambut Aidil Fitri. Ada yang dah mula membuat biskut raya, menyiapkan pakaian anak-anak dan tak kurang juga yang sudah mula mengemas rumah. Ita pula macam ni lah, masih lagi sibuk menyiapkan tempahan biskut raya. Ini pula dah 2 hari sakit kepala, berdenyut-denyut.. migrane agaknya. Bila sakit kepala ni.. aduyaiii... memang masalah banyak tugasan yang tergendala. Tapi kadang ita lawan jugak.. buat tak tahu walaupun sakitnya bukan kepalang. Masih lagi teringat pesan mak setiap kali ita tidak sihat.. " jangan di manjakan sangat sakit tu... nanti jadi malas.. " Bila teringat pesanan emak.. sakit-sakit terpaksa juga ita kuatkan badan.. Harap dapatlah ita siapkan segala tempahan dalam masa yang di janjikan. Alhamdulillah dalam sakit-sakit dan dalam sibuk menyiapkan tempahan.. sempat juga ita masak...

Juadah berbuka puasa 12 Ramadhan

Gambar
Assalamualaikum Hari ini ita kongsikan juadah berbuka puasa pada hari ke 12 Ramadhan. Resepi yang serba ringkas untuk juadah berbuka puasa kami sekeluarga. Ita sediakan mee bandung. Anak nak makan mee pulak hari ni, jadi ita sediakan mee bandung kesukaan anak-anak. Untuk pemanis mulut pula ita sediakan bubur kacang. Suami pulak mengidam nak makan bubur kacang letak durian. Dah berapa hari dah asyik sebut nak makan bubur kacang aje.. hari ni dapatlah melempiaskan hajat beliau. Minuman pula ita sediakan air nenas. Jom lah kita intai menu yang serba ringkas ini. MEE BANDUNG Tulang dan daging - direbus  4 biji kentang - potong bulat2 nipis, digoreng kemudian diblend  Boleh gantikan keledek tapi jika keledek di rebus dahulu kemudian di lenyek halus Bahan kisar 30 tangkai cili kering 3 labu bawang besar 6 ulas bawang putih 1 cwn udang kering - direndam dan dikisar 2 sudu besar sos tiram 6 sudu besar sos cili 2 kiub daging 1 buku gula melaka (yg kecil) 2 sudu besar kacang tanah garam...

Juadah berbuka puasa 7 Ramadhan

Gambar
Assalamualaikum.. Iftar 7 Ramadhan Seminggu sudah umat Islam menjalani ibadah puasa. Seminggu sudah berlalu pasti ramai yang sudah mula membuat persiapa menyambut kedatangan bulan Shawal. Buat persiapan sikit-sikit supaya kita tidak terlalu sibuk di penghujung Ramadhan hingga meninggalkan amalan yang perlu di laksanakan sepanjang Ramadhan. Bagi kita ibu bapa, keseronokkan lebih kepada keperluan anak-anak. Memandangkan ekonomi yang tak berapa baik sekarang, ramai yang sudah mula merancang perbelanjaan. Hanya keperluan anak-anak yang menjadi keutamaan. Beberlanja apa yang perlu sahaja.. jangan membazir.. Walaupaun raya setahun sekali tapi jangan sampai dengar guruh di langit.. habis air tempayan di curahkan.. Berbalik kita kepada juadah atau hidangan yang kita sediakan buat keluarga. Sebenarnya ianya juga satu ibadah. Memberi makan kepada mereka yang berpuasa. Tapi jangan sampai berlebihan.. hingga membawa kepada pembaziran. Masak cukup untuk makan satu hidangan untuk keluarga. Jangan k...

Juadah berbuka puasa 5 Ramadhan 1437

Gambar
Assalamualaikum.. Alhamdulillah dah selamat dah berbuka puasa.. Menu buka puasa ita hari ini cukup mudah, ringkas dan sangat simple. Menu yang simple ini adalah pilihan anak dara ita Dalili. Dalili hari ni minta ita buatkan kuey teow goreng. Tak nak pedas dan tak nak letak kerang ulangnya berkali-kali. Kuey teow adalah mee kesukaan kami sekeluarga, biasanya Azrul lah yang menyediakan kuey teow untuk kami. Kuey teow yang Azrul sediakan sangat sedap dan sesuai selera emak dan ayahnya. Tapi hari ni Dalili tak benarkan abangnya itu yang mengoreng mee sebaliknya nak ita yang sediakan. Katanya kuey teow yang abangnya sediakan selalunya agak pedas berbanding yang emaknya buat. Emmmm.. macam-macam Dalili ni.. saja aje.. dia nak buli maknya puasa-puasa ni.. kan.. Tak ada masalah lah cik Dalili oiii... lagi mudah kerja maknya. Tak payah nak masak lauk pelbagai. Mudah dan ringkas.. jadi dapatlah maknya relaks sikit kan.. Untuk pemanis mulut pula ita sediakan Wadai Kiping. Wadai Kiping adalah bubu...

Menu 2 Ramadhan 1437 H

Gambar
Assalamualaikum Alhamdulillah kita telah pun selamat melalui ibadah puasa buat hari yang ke 2. Masih panjang lagi perjalanan kita kan.. semoga kita semua dapat melaluinya dengan sabar dan penuh istiqamah. Masak apa kawan-kawan untuk berbuka puasa hari ni...? Hari ni ita masak yang sempoi-sempoi aje.. Ini pun atas permintaan anak-anak yang katanya dah lama nak makan mee kari. Lama jugak maknya ni tak buat mee kari.. ialah bila anak-anak tak ada di rumah.. malas lah nak masak.. nanti dok teringat kat mereka aje..  Bila semua berkumpul barulah maknya masak yang istimewa sikit. Untuk sahur subuh tadi ita masak ikan masak kicap aje.. Biasa sahur memang menu yang simple. Anak-anak tak memilih.. janji ada nasi.. lauk campak-campak aje pun diaorang makan. Alhamdulillah mudah sikit tugasan maknya. Ikan kembung masak kicap ni ita masak yang seringkas boleh untuk bersahur. IKAN MASAK KICAP 5 ekor ikan selar ~ siang dan cuci bersih Sedikit garam dan kunyit Bahan kisar 10 ulas bawang merah 3 ul...