Postingan

Menampilkan postingan dengan label MINUMAN

Orange Coktail

Gambar
Hari ini ita nak kongsikan satu lagi minuman yang enak, segar dan nyaman dan pasti di sukai ramai. Minuman orange coktail ini bukan sahaja sesuai untuk di sediakan sebagai pembasah tekak di bulan Ramadhan, malahan ianya amat sesuai untuk di hidangkan pada tetamu di Hari Raya nanti. Bukan itu aje.. ianya sesuai untuk di sajikan pada jamuan rumah terbuka, majlis kenduri-kendara atau jamuan ringan di pejabat atau di rumah. Minuman yang sangat mudah di sediakan, cepat dan ringkas dan rasanya cukup segar dan nyaman. Ita selalu sediakan minuman ni bila ita buat jamuan ringkas di rumah. Ianya bukan sahaja minuman malahan boleh ita katakan sebagai dessert yang ringan untuk tetamu. Selain buah-buahan coktail anada juga boleh letakkan jelly dalam minuman ni. Sediakan jelly kjosong atau jelly oren, dadu kecil atau parut halus, letak dalam minuman ni.. pasti terasa liut-liut bila di nikmati. Ita tau pasti ramai yang dah tak sabar kan.. nak tahu resepinya. Jom ita kongsikan ORANGE COKTAIL Orange Su...

Air mata Kucing Gula Batu

Gambar
Assalamualaikum.. Minuman buka puasa yang sempat di sediakan semalam. Ita sediakan air mata kucing gula batu. Bila kata gula batu.. tidaklah ita menggunakan gula pasir. Menggunakan gula batu dan gula Melaka. jadi semunya batu-batu semuanya.. Air mata kucing bila di masak menggunakan gula batu.. rasanya lebih sedap dan enak. Ita tambahkan gula Melaka supaya air ita sedikit bewarna keemasan. kalau tak dia tak lah kuning keemasan.. agak jernih sikit sebab mata kucing yang ita gunakan ni agak golden brown sikit.. jadi bila di masak dia tak mengeluarkan warna. So.. ita tambah gula Melaka.. lagi sedap dan umph! tau.. Cara membuatnya cukup mudah. kalau nak buat tu.. kenalah rebus awal-awal.. dah boleh rebus dari sekarang sebab nanti bila petang dah sejuk.. tinggal letak ais aje.. segar dan dingin sekali.. AIR MATA KUCING GULA BATU 1 gengam mata kucing kering ~ cuci bersih air secukupnya untuk merebus Gula batu secukupnya ~ ikut sesuai kemanisan 1 ketul gula Melaka 1 helai daun  pandan ~ d...

Sirap Bandung Anak Dara

Gambar
Sirap bandung ni anak dara ita Dalili yang membuatnya.. sebab tu ita namakan Sirap Bandung Anak Dara. Waaahh... tak sangka sedap jugak air tangan anak dara ita ni.. Sampai semua puji keenakkan dan kelazatan air sirap bandung Dalili. Wah.... semakin kembang lah Dalili tu kan.. bila di puji oleh ayah dan abangnya.. sampai semua tak caya Dalili yang buat air sirap bandung ni.. cayalah.. Dalili ^_^ Anak-anak ni.. sesekali bila di masuk dapur.. ringan tulang sikit nak bantu emaknya.. kita kenalah puji-puji sikit.. Biar dia rasa seronok dan semakin berkobar-kobar nak memasak atau membantu emaknya di dapur.. Sebab bukan mudah anak-anak muda sekarang nak ke dapur. Masih ada yang lansung tak kenal bahan.. Ok lah berbalik pada sirap bandung ni.. mudah aje cara penyediaannya. Sama seperti sirap bandung yang lain.. cuma istimewanya anak dara ita yang sediakan ^_^ Jom kita lihat apa bahan yang Dalili letak dalam sirap bandung yang di sediakannya.. SIRAP BANDUNG ANAK DARA Kordia Sirap Rose F&N s...

Sirap Limau

Gambar
Untuk minuman pula, ita sediakan minuman yang mudah di sediakan yang cepat dan ringkas. Membuat air sirap limau ni cukup mudah. Kita boleh sediakan sirap rose ni sendiri atau kita boleh aje terus gunakan kordial rose. Yang paling utama mesti ada limau kasturi, kalau tak tak jadilah sirap limau. Ok jika nak buat sendiri sirap rose, kita boleh buat sendiri kordial rose tu. Mudah aje.. Masak gula dengan air dan daun pandan hingga gula larut. Kemudian bolehlah letakkan pewarna merah dan perisa rose. Kordial ni boleh di simpan dan jika nak buat air boleh gunakan. kalau malas nak masak gula, beli lah kordial yang dah siap di jual. SIRAP LIMAU Kordial rose F&N Air secukupnya Ais secukupnya Limau kasturi Sediakan air sirap bersama kordial, air dan ais Kemudian perahkan limau kasturi. Sedia di hidangkan

Asam Boi Limau Kasturi

Gambar
Asam Boi Limau Kasturi adalah minuman kesukaan suami ita, dan ita sediakan untuk buka puasa tempoh hari. Kebiasannya bila makan kat luar, suami suka pesan air asam boi limau kasturi untuk membasahkan tekak terutamanya bila cuaca panas. Membuatnya tidaklah terlalu sukar, anda hanya perlu rebuskan asam boi bersama air hingga kembang. Biasanya asam yang ita pilih adalah asam kelabu atau putih. Jika guna asam kecut merah bukan tak boleh.. boleh juga tapi airnya akan warna kemerahan lah kan.. Air ni sedap di minum dingin. Jadi bolehlah letak ketulan ais untuk rasa yang lebih segar dan dingin. Kepada yang sedang mencari minuman untuk membasah tekak bila berbuka puasa nanti boleh lah cuba minuman ni. ASAM BOI LIMAU KASTURI 8 biji asam boi Air secukupnya gula pasir secukup rasa 5 biji limau kasturi Ketulan ais secukupnya Masak air bersama asam boi hingga asam kembang dan air didir masukkan gula secukup rasa Biarkan air sejuk Masukkan dalam jug, perahkan limau kasturi dan letakkan ketulan ais S...

Soya Smoothies

Gambar
Alhamdulillah telah beberapa hari umat Islam berpuasa. Nampaknya para ibu sudah semakin sibuk dan semakin pening kepala nak fikir juadah apa untuk di sajikan buat keluarga tersayang. Minuman adalah suatu kemestian yang harus di sediakan dan yang sering di capai dahulu seusai azan berkumandang. Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi minuman yang bukan sahaja sedap dan lazat malahan cara penyediaannya cukup mudah dan simple. Tahu tak.. walaupun simple aje cara membuatnya , tapi rasanya sangat sedap dan ita sangat sukakan rasanya yang segar dan nyaman. ya Allah sedapnyaaa... lah bila dia lalu kat anak tekak ni.. tak sangka Soya Smoothies ni sangat sedap! Ita memang sangat mengemari air soya terutamanya minuman Soya Yeo's yang di buat tanpa bahan pengawet, rasanya asli tidak terlalu manis dan memang menjadi kesukaan ramai. Air minuman soya memang sudah terbukti berkhasiat dan sangat sesuai di minum terutamya pada bulan Ramadhan kerana ia dapat mengembalikan kesegaran tubuh badan y...

buat soto ayam dan air nenas kesukaan suami.

Gambar
Juadah buka puasa semalam ita cukup simple, ita buat soto ayam  dan air nenas kesukaan suami. Sebenarnya ita tak sempat nak sediakan juadah buka, balik dari salon dan pukul 6, adoii...  masak apa yang ada dalam peti ais aje.. kebetulan ada ayam, apalagi buat menu yang paling mudah, maka terhasillah juadah buka puasa soto semalam. Balik terus rebus nasi himpit dulu, ita guna yang segera aje NONA brand lain ita tak berapa suka, sebab kadang nasinya berderai. Lepas tu terus bland bahan dan tumis, masuk ayam godek.. godek Alhamdulillah tepat pukul 7 siap dah soto ita.. haa... ekspress betulll... ^o^ Untuk air nenas pula, suami ita memang ada beli nenas 2 biji, ita pun buat air lah sebijik.. tinggal lagi sebijik emmmm... nak masak apa pulak dengan nenas yang sebijik ni.. ? Ok lah ita tak boleh sembang banyak bulan puasa ni.. sebab banyak sangat kerja ita yang menanti.. hihi nanti lepas raya dah free boleh sembang lama-lama ya.. Jom kita intai resepi ringkas ni.. ...

Iftar 4 Ramadhan 2017

Gambar
Assalamualaikum Selamat petang semua, hari ini ita kongsikan resepi berbuka kami sekeluarga petang semalam. Ita masak yang simple-simple aje sebab ita masih lagi tengah mengejar nak siapkan tempahan biskut raya. Alhamdulillah sambutan seperti tahun-tahun yang lalu. Tapi ita tak boleh nak ambil banyak-banyak sebab ita buat sorang-sorang , jadi ita ambil hanya ikut kemampuan ita aje lah ya.. jadi kepada yang tak dapat ita minta maaf banyak-banyak sebab dah tak larat dah ni.. banyak sangat yang tempah. Ok kita terus aje pada menu simple ita untuk keluarga. Menu pertama nasi goreng kampung pedas. ita masak yang ringkas-ringkas aje ni. nasi goreng kampung ni kesukaan suami ita. NASI GORENG KAMPUNG Resepi Oleh :  Che Nom  Bahan-Bahan: 3 cawan nasi 6 ekor udang, dibuang kulit 2 ekor sotong, dipotong bulat 3 ulas bawang merah 3 ulas bawan putih 6 biji cili padi 1/2 ikat sayur kangkung 1 mangkuk kecil karot, didadu - ita gantikan taugeh 1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar sos tiram 1 bi...

Iftar 3 Ramadhan 2017

Gambar
Assalamualaikum Selamat berpuasa semua. hari ni ita kongsikan menu atau juadah berbuka puasa kami sekeluarga semalam.Ita macam biasa masak yang ringkas dan mudah. Apa yang pali utama di sukai oleh anak-anak dan suami. Memandangkan bulan puasa ni ita sedikit sibuk nak siapakan tempahan biskut raya, maka menu ita seringkas yang mungkin namun mengenyangkan. Ok ita pun tak boleh nak sembang banyak, nanti tak berasap pulak dapur petang ni. Jom kita intai terus menu yang mudah dan ringkas dari ita. KUE TEOW GORENG  Resepi oleh :  Dapur Tanpa Sempadan BAHAN-BAHANNYA  500 gram kue teow, cuci dan toskan 3 pokok sawi bok choy, asing tangkai dan daun, cuci, tos dan siang 2 biji telur, pukul sedikit 4 biji bawang merah, hiris 3 ulas bawang putih, cincang halus 1 keping fish cake, hiris 1/2 cawan isi udang Taugeh secukupnya 1 camca besar sos cili 2 camca besar kicap pekat Kicap cair secukupnya 1 kiub ayam maggi (optional) 3 camca besar cili kisar 5 biji cili padi, cincang halus (optio...

Jus Belimbing Madu

Gambar
Belimbing merupakan buah yang berasal dari negara yang beriklim tropika. Buahnya berwarna kekuningan bila sudah matang, dengan bentuk buah bersegi dan membentuk bintang apabila dipotong. Buah belimbing  rasanya sangat menyegarkan, selain daripada rasanya yang enak, buah belimbing juga sangat baik bagi kesihatan dan juga memberikan manfaat bagi kecantikan tubuh . Belimbing adalah salah satu buah ekzotik  yang kaya dengan vitamin. 100 gram buah belimbing, menyediakan 31 kalori yang jauh lebih rendah daripada untuk buah-buahan tropika yang lain.  Selain itu, ia juga kaya dengan  nutrisi penting, antioksidan, dan vitamin mengandungi sejumlah manfaat  untuk kesihatan, seperti berikut: Menyihatkan sistem pencernaan Mencegah Cancer Antioksidan Menuingkatkan kadar enzim Mengatasi tekanan darah tinggi Mengatasi masalah ginjal Mengurangkan kolestoral Bagi mereka yang pentingkan kecantikkan, belimbing juga dapat membantu anda dalam mendapatkan kecantikkan semula ...