Postingan

Menampilkan postingan dengan label BISKUT RAYA

Semperit Nutella

Gambar
Assalamualaikum. Sekarang kita sudah pun berada di penghujung Ramadhan. Pasti ramai suri rumah yang sudah semakin sibuk membuat persiapan untuk menyambut kedatangan bulan Shawal. Seperti kaum ibu yang lain, ita juga semakin hari semakin sibuk. Masih banyak lagi tempahan yang harus di sipakan. Nampaknya sudah semakin menghampiri garisan penamat.. tapi masih banyak yang hrus di segerakan. Maklumlah cuti sekolah sudah semakin hampir dan ramai yang sudah mula nak pulang ke kampung. Dalam kesibukkan ita menyiapkan tempahan, sempat juga selitkan sebalang dua kuih untuk di bawa pulang ke kampung. Tak kan nak pulang dengan melenggang kangkung aje kan.. kurang-kurang adalah sebalang dua kuih untuk ibu di kampung. Hari ni ita sempat sediakan biskut Semperit Nutella hasil perkongsian dari Azlina Ina. Resepi ni ita ambil dari Nur Ernyda. Resepi yang sangat simple dengan bahan yang sangat minima. Hanya guna tepung jagung, butter , susu pekat manis dan nutella. Teruja nak mencuba kerana biskut tidak...

Milky Oreo Cookies

Gambar
Ramai yang pm ita dan minta ita kongsikan resepi biskut raya yang ita jual untuk tahun ni. Ada yang ita dah pun kongsikan sebelum ini dalam blog ni macam biskut choc chip, red velvet, tart dan ombak rindu. Tahun ni pula ada dua lagi biskut raya yang ita kenalkan iaitu milky oreo cookies dan cranberies cookies. Bagi mereka yang tinggal jauh yang tak berkesempatan untuk oder biskut raya, atau ada yang nak buat sendiri biskut raya tahun ni. Di sini ita kongsikan resepi milkey oreo cookies yang ita gunakan untuk buat jualan tahun ni. Bolehlah cuba untuk jadikan hidangan di hari raya nanti. MILKEY OREO COOKIES Bahan A 130 gm butter 70 gm gula 1/4 sudu teh esen vanilla secubit garam Bahan B 170 gm tepung gandum 20 gm tepung jagung 20 gm tepung beras 1/8 sudu teh baking powder 20 gm cornflakes ~ di kisar 20 gm serbuk badam 20 gm badan nibs 20 gm oreo ~ di kisar Hiasan Coklat putih ~ di cairkan Coklat Oreo ~ di kisar Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sebati Satukan bahan B dan masukkan dal...

Milky Oreo Cookies

Gambar
Ramai yang pm ita dan minta ita kongsikan resepi biskut raya yang ita jual untuk tahun ni. Ada yang ita dah pun kongsikan sebelum ini dalam blog ni macam biskut choc chip, red velvet, tart dan ombak rindu. Tahun ni pula ada dua lagi biskut raya yang ita kenalkan iaitu milky oreo cookies dan cranberies cookies. Bagi mereka yang tinggal jauh yang tak berkesempatan untuk oder biskut raya, atau ada yang nak buat sendiri biskut raya tahun ni. Di sini ita kongsikan resepi milkey oreo cookies yang ita gunakan untuk buat jualan tahun ni. Bolehlah cuba untuk jadikan hidangan di hari raya nanti. MILKEY OREO COOKIES Bahan A 130 gm butter 70 gm gula 1/4 sudu teh esen vanilla secubit garam Bahan B 170 gm tepung gandum 20 gm tepung jagung 20 gm tepung beras 1/8 sudu teh baking powder 20 gm cornflakes ~ di kisar 20 gm serbuk badam 20 gm badan nibs 20 gm oreo ~ di kisar Hiasan Coklat putih ~ di cairkan Coklat Oreo ~ di kisar Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sebati Satukan bahan B dan masukkan dal...

Biskut Ulat Bulu

Gambar
Bila mendengar namanya sahaja pasti dah meremang bulu roma. Ulat Bulu??? Tak gatal ke? Jangan risau namanya aje ulat bulu.. Mungkin dari rupanya yang panjang berketak-ketak tu yang di panggil ulat bulu tu.. tapi tak mengatalkan.. Bisku ni di katakan bersal dari Sarawak dan ada yang kata dari Sabah. Tak kisahlah dari mana sekali pun apa yang penting rasanya sangat sedap! Sekilas pandang kita sangkakan kuih makmur , biskut orang lama yang evergreen. Tapi rupa aje lebih kurang sama, rasanya mungkin sedikit berbeza. Jika kuih makmur menggunakan kacang sebagai inti, biskut ini sebaliknya menggunakan kurma yang di potong halus. Ia juga di salut dengan gula halus berbanding biskut makmur yang di salut gula icing. Buatnya adalah sedikit rumit, sebab nak kena letak inti dan gentel satu-satu. Memang mengantuk mata nak menghabiskan satu adunan. Tapi hasilnya berbaloi kerana rasanya yang sedap! kalau tak salut gula pun dah sedap. Bagi yang menjaga kesihatan , ita rasa tak payah salut gula. Tapi ka...

Biskut Sarang Semut

Gambar
Satu lagi biskut evergreen yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Kata orang biskut orang dulu-dulu.. Nak kata lama tak lama jugak lah kan.. Seingat ita biskut ini popular sekitar ita darjah 5 atau darjah 6 gitu.. waaahhhh... lama lah jugak tu dik... sekarang umur akak pun dah nak masuk 5 series.. Biskut ni dia keluar dalam majalah kalau tak silap. Zaman dulu-dulu kan tak ada internet.. jadi segala koleksi biskut di ambil dari majalah, surat khabar, corong radio mahupun pada peket tepung atau kotak cornflakes. Popular lah biskut ni zaman tu.. hingga setiap rumah pasti tidak mahu ketinggalan lansung untuk menghidangkan biskut ini di dalam balang. Kalau pergi beraya pasti buka semua tutup balang kuih semata-mata nak lihat biskut sarang semut ni.. Pelbagai versi kemudian yang menjadi ikutan. Ada yang meletakkan coklat urai sebagai hiasan yang dikatakan versi yang original. Kemudian muncul pula dengan taburan manik, ada yang tabur gula warna-warnai dan pelbagai lagi lah.. mengi...

Tart Nenas Cheese

Gambar
Jeng.. jeng.. jeng... masa membuat biskut raya dah tiba.... Pasti teman-teman ita di luar sana sudah semakin sibuk menyiapkan persiapan hari raya. Dan pastinya yang satu ini tidak akan tertinggal dalam list yang di senaraikan. Biskut Raya Bila tiba hari raya biskut raya pastilah menjadi suatu kemestian yang perlu di utamakan. Ianya sebagai kudapan atau manisan di meja kopi yang menjadi hidangan di hari raya. Kalau kita bertandang ke rumah jiran tetangga, sahabat handai mahupun kaum keluarga. Pastinya biskut raya yang kita cari dulu.. Wahhh.... comelnya biskut raya dia... Emmm.... sedapnya biskut raya ni.. Kark kruk... rangupnya... Eh.. cantiklah yang ni.. Fuh... biskut kegemaran saya ni...  Pasti itulah kata-kata yang keluar dari tetamu yang bertandang ke rumah Bekas balang yang tersusun rapi senantiasa bersedia menyambut kedatangan tetamu tidak mengira masa. Biskut raya adalah biskut kering yang tahan lama, cepat dan segera dan sangat-sangat di perlukan ketika musim perayaan. Jika...

Popia Seaweed

Gambar
Popia Seaweed, sesuai sebagai kudapan anak-anak. Sesuai juga jika di jadikan kudapan untuk tetamu yang bertandang ke rumah di hari raya. Sambil bersembang, sambil kruk! krak! kruk! krak! Popia seaweed dah lama popular.. alamak.. ita ke yang tertinggal keretapi.. ianya dah mula popular di negara jiran kita Indonesia. cara membuatnya cukup mudah dengan bahan yang paling minima. Tak sangka ia menjadi kudapan yang rangup dan enak! Pelbagai kaedah dan cara yang di gunakan untuk menyediakan snack ini. Ada yang buat lipatan 4 segi, 3 sedi, ada yang gunting-gunting serong dan lain-lain.. Ita lebih suka dengan cara mengulung, nampak comel dan menarik untuk di nikmati. Ramai yang menjadikan ianya sebagai sumber pendapatan. Satu lodong tu rasanya di jual RM 15. Waa... macam-macam cara kita nak dapatan sumber pendapatan kan.. kalau ada yang nak jadikan sumber pendapatan, jom ita tunjukkan bagaimana cara penyediaan yang ita lakukan. POPIA SEAWEED Seaweed ~ ikut selera apa perisa yang pedas atau bia...

Agar-agar kering

Gambar
Assalamualaikum Alhamdulillah dah 6 hari kita berpuasa, pastinya ibu-ibu dah mula sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya. Bagi ita tahun ini macam tahun-tahun sebelumnya.. semuanya serba sederhana. Tak ada yang bertukar ganti, kita baru kan yang lama dan recycle aje mana yang ada.. Insyaallah kalau tak ada aral melintang kami sekeluarga akan berhari raya di kampung. Oleh kerana perancangannya nak beraya di kampung, jadi ita buatlah beberapa persedian awal.. buat sikit-sikit.. sebab ita juga kena siapkan tempahan kuih raya. Sambil-sambil tu kita selit jugaklah dua tiga kuih yang akan kita bawa pulang ke kampung. Ok lah ita tak boleh sembang banyak.. sebab ita dah nak ke dapur nak sediakan hidangan berbuka puasa. Hari ini ita kongsikan manisan yang ita sediakan untuk hari raya. Sebenarnya ianya bukan sahaja untuk kudapan hari raya, tapi sesuai juga sebagai door gift untuk majlis perkhawinan, hari jadi, acara potong jambul atau kenduri kendara. Ita buat seminggu yang lalu.. tap...