Cheese Tart Buncit Buncit dan Montok Montok !
Assalamualaikum... salam Aidil Adha buat semua umat Islam di seluruh dunia dan di mana sahaja anda berada. Alhamdulillah.. Aidil Adha tahun ini bersekali dengan cuti sekolah yang panjang. Jadi ramailah yang mengambil peluang cuti panjang untuk pulang ke kampung. Bagi ita dan keluarga, kami beraya di rumah aje.. kebetulan anak-anak tak pulang bercuti.. sambutlah kami 3 beranak aje.. Aidil Adha tahun ni.. Bila hari cuti.. hujan pulak tu.. sejuk-sejuk macam ni.. perut berkeroncong minta di isi. lalau merajinkanlah diri membuat cheese tart ni.. Tengok kat wall fb ramai yang kongsi cheese tart montok-montok dan buncit-buncit.. geram pulak! tu yang tak boleh tahan godek-godek jugak lah.. Resepi kali ini adalah perkongsian daripada Azalifah Zakiah, tapi ita tak jumpa lagi postnya yang di kongsikan tempoh hari. Mujur ita sempat salin, jadi maaf ita cari fbnya pun tak jumpa untuk ita selitkan linknya di sini. Terima kasih pada Azalifah zakiah kerana kongsikan resepi yang menjadi kesukaan ramai ...