Warong Saga penuh nolstagia...
Kalaulah anda tersesat di Johor Bahru jangan lupa mencuba pelbagai resepi warisan Johor. Johor, ramai yang kata syurga makanan. " Orang Johor pandai masak.." eh! betul ke orang Johor pandai masak.. macam tak caya..je.. Dekat Johor ni memang banyak makanan yang menarik dengan resepi yang hebat dan membuka selera. Lontong, soto, satay, mee rebus, nasi lemak, nasi beriani gam, mee bandung, rojak asma, rojak petis, tauhu bakar.. wah.. tak muat blog ni kalau nak senaraikan semua makanan yang hebat di Johor. Takut ada pulak yang terliur.. Tapi masalahnya bukan mudah nak jumpa tempat makan yang menarik dengan resepi warisan yang masih di kekalkan. Kebanyakkan tempat makan yang tumbuh banyak dari utara dan pantai timur. Yang paling banyak restoran makanan Thai dan Indonesia, dengan tomyum lah, bakso, nasi ayam penyet lah.. pecal leleh lah.. lah.. entahlah.. apakah orang johor dah bertukar selera atau orang luar yang banyak berhijrah ke Johor. Hari ini ita nak bawa anda semua ke satu ...