Postingan

Menampilkan postingan dengan label AYAM

Nasi Jagung Istimewa

Gambar
Semalam sempat ita sediakan set menu Nasi Jagung untuk berbuka puasa bersama keluarga. Pada yang tengok ig ita azlitaaziz mungkin ada perasan video yang ita uplode semalam. Ramai yang minta ita kongsikan resepi nasi jagung ni. Nasi jagung ni ita sediakan bersama lauk kerutup ayam dan acar mentah. Ita menggunakan beras basmathi dalam penyediaan nasi jagung ita. Sedap tau! nasi jagung istimewa ni.. lain sikit dari resepi nasi jagung yang biasa ita buat tu. Resepi ni ita ambil dari Chef Zaidah Mohd Noor , chef hebat yang sangat ita kagumi. Resepi ni di kongsikan dalam buku masakan beliau Citarasa Malaysia. Terdapat lebig 1000 himpunan  resepi dalam buku tersebut dan ita dah pun mencuba beberapa resepi.. semua sedap! Untuk lauk kerutup ayam ita menggunakan resepi Cikgu Wan, memang sedap dan serasi gandingan antara nasi jagung dan kerutup ayam ni. Berselera kami sekeluarga menjamu selera. Jom lah kita intai resepi nasi Jagung Istimewa ni.. NASI JAGUNG ISTIMEWA Resepi Oleh : Chef Zaidah ...

Nasi ala.. ala.. Kak Wook yang sangat sedap !

Gambar
Assalamualaikum Nasi Kak Wook ni ita sediakan untuk sahur kami sekeluarga pagi tadi. Bila ita kongsikan gambar menu sahur ita di ig ita azlitaaziz ramai yang bertanyakan resepi. Ok jap lagi kita intai resepinya ya. Cuma ita tak dapat lah buat step by step cara penyediaannya, sebab ita masak subuh hari, maklumlah nak sediakan sahur. Ada yang tanya, wah! kak ita sempat pulak mengulai pagi-pagi. heee... kak ita bangun pukul 3 pagi dek, untuk sediakan sahur buat keluarga. kalau bangun lewat memang tak sempat lah.. apa yang ada ajelah yang akak masak nanti. Lama dah nak buat nasi kak Wook ni. Ita pernah makan sewaktu pulang ke Kelantan. Rasanya memang sedap! gabungan nasi , ayam goreng dan sambal belacan cukup ringkas namun gabungan yang sangat ummph! hairan kan... hanya gabunga tiga lauk menjadikan nasi ini cukup popular..  kalau sesiapa yang pulang beraya nanti.. gi lah cari nasi kak Wook. Kalau yang tak dapat pergi ke negeri Cik Siti Wan Kembang ni... boleh lah cuba resepi yang ita k...

Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah

Gambar
Assalamualaikum sudah masuk 3 kita berpuasa. Pasti perut pun sudah mula pandai menyesuaikan diri menahan lapar dan dahaga. Bulan puasa ramai yang merebut peluang untuk melipat gandakan lagi amalan. Dalam bulan yang mulia ini sahajalah kita dapat mengumpul seberapa banyak pahala untuk bekalan di sana nanti. Entahlah kita jumpa atau tidak bulan Ramadan di tahun hadapan. Dalam sibuk kita berpuasa, pasti juadah berbuka juga menjadi satu kemestian. Sebenarnya banyak pahala yang kita dapat bila kita menyediakan juadah untuk orang berbuka. Sudah semestinya tugasan itu di pikul oleh para isteri dengan penuh tanggung jawab dan penuh kesabaran. Memang menguji kesabaran sebenarnya bila kita di tugaskan untuk memasak, dalam pada kita berpuasa. Dugaan dan kesabaran itulah pahala yang berganda-ganda tau! Ok, pasti kawan-kawan ita di luar sana yang dah mula masuk dapur dan mula buka peti ais, intai-intai dan memikirkan apalah yang hendak di masakkan petang nanti. Bagi yang tak ada idea tu apakata kit...

Chicken Manggo

Gambar
Resepi ni pernah menjadi viral satu masa dulu. Ramai rakan-rakan yang pm ita minta ita kongsikan reselpi chicken manggo ni. Di sebabkan masa ita cukup terbatas dan ada kalanya susah nak dapat buah mangga, tu yang membantutkan lagi hasrat ita untuk mencuba. Resepi yang dikatakan berasal dari Thailand dan cukup popular di kedai-kedai makan ala Thai. Keistimewaannya adalah pada hirisan manggo yang masam manis di tambah keranggupan ayam yang enak! Hidangan ini enak di hidangkan ketika panas, masih rangup dan mangga juga masih crunchy. Kalau dah masak awal, ayam dah terendam dengan sos dah mula lembik dan manggo juga dah keluarkan air... dah kurang umph! lah kan.. Cara penyediaannya cukup mudah dan ringkas. Kata orang tu kalau bahan semua dah ada di depan mata, sekali kenyit aje.. dah jadi... mudah aje kan... bukan susah sangat nak menyediakan chicken manggo ni.. Hidangan ni pada ita enak di gandingkan dengan masakan Thai yang lain.. contohnya macam tomyam. Pilihlah mangga yang masam manis ...

Soto Jawa

Gambar
Satu lagi juadah atau hidangan yang seringkali di sediakan pada musim perayaan ialah soto. Kalau di Johor ni.. soto memang cukup popular di majlis rumah terbuka. Ini adalah kerana penyediaannya yang mudah dan ringkas di samping ianya adalah makanan yang di sukai ramai. Ada yang menyukai soto nasi, soto mee halus atau mee kuning. Soto nasi impit biasanya di panggil soto. Jika menggunakan mee halus di panggil mee soto. Walau apapun yang di sediakan bersama kuah soto janji ada sambal kicap pasti enak dan membuka selera. Soto kalau di Indonesia adalah berbeza mengikut daerah dan tempat. Sebab tulah kita ada dengar soto Bandung, Soto Madura, soto Jowa dan lain-lain lagi. Hari ini ita kongsikan soto Jawa. Cuma cara menghidang ita tetap dengan cara Johor. Makan dengan begedil dan sambal kicap. Kalau ikut soto Jawa original ianya di makan bersama telur rebus, kentang dan soon. Tapi anak-anak ita tak biasa makan soto dengan telur, sebab tu ita kekalkan soto dengan hidangan Johor, cuma penyediaa...

Nasi Dagang Kelantan Gulai Ayam

Gambar
Assalammualaikum dan salam lebaran kepada semua pengunjung blog Masam Manis. Rasanya masih belum terlewat lagi untuk ita mengambil kesempatan menghulurkan salam kemaafan, maaf zahir dan batin... manalah tahu jika selama ita menerawang di alam maya ini ada antara tulisan ita yang menguris perasaan.. ada kata -kata yang membuatkan kalian terluka, ada gambar-gambar yang ita kongsikan yang tersentuh hati.. ialah kita pun bukalah sempurna.. ada salah silap yang kadang kala kita tak sedar. Di kesempatan ni dan di bulan yang mulia ini.. sudi-sudilah kiranya kita bermaaf-maafan... buangkan yang keruh dan ambillah yang jernih. Semoga ukhwah ini berpanjangan walaupun hanya di alam maya sahaja. Bagaimana sabutan hari raya kalian semua. Pasti meriah bila di kelilingi kaum keluarga, ibu bapa, ipar duai , sanak saudara , sahabat handai dan juga jiran tetangga. Tapi pada pemerhatian ita rata-rata sambutan tahun ini di sambut cukup sederhana. Mungkin faktor ekonomi yang tidak mengizinkan.. dan ada jug...

Menu berbuka puasa 10 Ramadhan

Gambar
Assalamualaikum Maaflah juadah tertunggak. Menu ini ita sediakan pada hari ke 10 Ramadhan. Hari ni dah pun 12 Ramadhan kan... Semalam 11 Ramadhan ita terlalu sibuk sebab segala oder untuk Kuala Lumpur ita kena siapkan semalam untuk di hantar. Tu yang ita sibuk seharian hingga ita tak sempat nak masukkan post ni dan juga tak sempat nak sedikaan juadah berbuka semalam. Jadi makan kedai lah kita kan... Ok kita terus aje pada menu hidangan yang ita sajikan pada 10 Ramadhan. 10 Ramadhan ita sediakan nasi ganja. Pernah dengar nama nasi ganja? Macam pelik aje kan... tapi nasi ni tak lah memabukkan.. Mungkin namanya di beri kerana keenakkan nasi ini yang menuntut sesiapa yang memakannya menambah nasi berulang-ulang.. kira macam ketagih lah tu... Itu lah sebab di gelarkan nasi ganja. Nasi ini di katakan cukup popular di utara tanahair.. dan lebih terkenal di Perlis. Ada juga yang kata ianya popular di Perak. Tak kisah lah kan dari Perlis atau Perak, apa yang penting kita dapat merasa pelbagai m...