Postingan

Menampilkan postingan dengan label SAYUR - SAYURAN

Iftar 4 Ramadhan 2017

Gambar
Assalamualaikum Selamat petang semua, hari ini ita kongsikan resepi berbuka kami sekeluarga petang semalam. Ita masak yang simple-simple aje sebab ita masih lagi tengah mengejar nak siapkan tempahan biskut raya. Alhamdulillah sambutan seperti tahun-tahun yang lalu. Tapi ita tak boleh nak ambil banyak-banyak sebab ita buat sorang-sorang , jadi ita ambil hanya ikut kemampuan ita aje lah ya.. jadi kepada yang tak dapat ita minta maaf banyak-banyak sebab dah tak larat dah ni.. banyak sangat yang tempah. Ok kita terus aje pada menu simple ita untuk keluarga. Menu pertama nasi goreng kampung pedas. ita masak yang ringkas-ringkas aje ni. nasi goreng kampung ni kesukaan suami ita. NASI GORENG KAMPUNG Resepi Oleh :  Che Nom  Bahan-Bahan: 3 cawan nasi 6 ekor udang, dibuang kulit 2 ekor sotong, dipotong bulat 3 ulas bawang merah 3 ulas bawan putih 6 biji cili padi 1/2 ikat sayur kangkung 1 mangkuk kecil karot, didadu - ita gantikan taugeh 1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar sos tiram 1 bi...

Nasi Lemak Mudah Dan Ringkas

Gambar
Ita sediakan nasi lemak ni 2 hari yang lalu. Sebenarnya ita seringkali menyediakan nasi lemak untuk sarapan atau makan malam keluarga. Rata-rata anak-anak dan suami ita suka akan nasi lemak yang membuatkan ita kerap memasak nasi lemak untuk hidangan keluarga. Nasi lemak makanan yang cukup popular di Malaysia. Kini di makan tidak kira untuk sarapan pagi mahupun untuk makan malam. Cara penyediaan nasi lemah cukup mudah dan ringkas sebenarnya, tapi kini terdapat pelbagai pilihan lauk pauk yang di makan bersama nasi lemak menjadikan ianya satu hidangan yang cukup di gemari tidak mengira bangsa dan kaum. Berita gembira untuk adik-adik yang mula berjinak-jinak ke dapur. Sekarang kak ita ada rancangan baru.. " mari memasak bersama kak ita "  di ig kak ita. Bagi adik-adik yang baru cuba-cuba nak ke dapur,  yang baru mula nak memasak untuk kelurga, bolehlah follow kak ita di ig kak ita  azlitaaziz Buat masa ini ada beberapa resepi yang kak ita tunjukkan cara memasaknya dan salah s...

Masak Lemak Putih Kangkung Dengan Keledek

Gambar
Lauk kampung lagi hari ni. Kali ini dengan kangkung dan keledek. Bila masak lauk macam ni teringat kat atuk ita. Atuk ita kalau masak lemak suka letak keledek, katanya kuah akan lebih manis kerana adanya keledek. Lauk macam ni kalau lawan dengan ikan kering dan ada pula sambal belacan.. pasti tak toleh kiri kanan. Bertambah pula cuaca sekarang yang panas melampau.. lauk yang simple-simple inilah yang selera di nikmati. MASAK LEMAK PUTIH KANGKUNG DENGAN KELEDEK 1 ikat sayur kangkung ~ di potong ambil daun dan batang yang lembut. batang kangkung belah 2 2 batang keledek ~ di potong kecil 1 batang cili merah ~ di hiris 1 cawan santan air jika perlu garam secukup rasa Bahan Kisar 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 gengam ikan bilis atau udang kering ~ di rendam lembut Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga harum Tambahkan air dan keledek dan rebus hingga keledek empuk Masukkan santan Perasakan dengan garam secukup rasa Akhir sekali masukkan kangkung dan cili merah Biar...

Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

Gambar
Lamanya rasa tak makan lauk kampung macam ni. Kalau masak lauk kampung ni.. memang bertambah-tambah nasi di pinggan. Teringat suasana di kampung yang telah lama di tinggalkan. Nak cari pucuk kayu kampung memang agak sukar di kawasan pembangunan sekarang. Terpaksa pergi ke pasar tani atau pasar besar untuk dapatkan pucuk kayu dan ulam-ulaman kampung. Harganya pun boleh tahan jugak sekarang.. tak heranlakan sekarang ni.. bahan semua memang melambung naik harganya.. taraf hidup pun dah semakan meningkat.. hinggakan pucuk-pucuk kayu dan ulam-ulaman yang bersepah dalam semak di kampung dulu sudah ada harganya di pasaran.. kalau kat kampung dulu.. petik aje di semak belakang kebun getah atau kelapa sawit. Sekarang nak cari punyalah payah... Alhamdulillah anak-anak ita cukup mengemari masakkan kampung. Bila kita latih mereka dari kecil, tak adalah kekok nak menikmati masakkan kampung. Malahan kadang kala mereka yang sibuk suruh ita masak lauk kampung macam pucuk manis, sayur turi, pucuk paku,...

Bayam Goreng Ikan Masin

Gambar
Setiap hari di sajikan dengan undangan rumah terbuka pasti tekak dah mula mengintai-intai menu tradisi atau lauk pauk kampung. Kalau lah di hidangkan dengan sayur tumis, ikan goreng dan sambal belacan, pastinya anak tekak ni dah tak mampu nak menolaknya lagi. Hari ni ita masak yang ringkas-ringkas aje.. Masak lauk kampung, bayam goreng ikan masin, di tambah lagi dengan ikan goreng dan ayak masak sambal. Hujan lebat di luar rumah seakan mengalakkan lagi irama lagu keroncong berdondang sayang dalam perut ni. Sedapnya lah dapat makan lauk-pauk yang ringkas-ringkas ni. Masak pun senang dan yang pastinya lauk macam ni kalau makan pasti bertambah-tambah nasi di pinggan. Sayur bayam ni kalau sudah di masak, dapatnya tak banyak. Beli 2 ikat pun bila masak dapatnya sejemput aje.. jadilah buat santapan tengahari ni. Petang nanti kita masak lain lah pulak. BAYAM GORENG IKAN MASIN 2 ikat sayur bayam ~ di potong 1 keping kecil ikan masin ~ ikan tenggiri atau ikan kurau, potomg atau hiris nipis 2 ul...

Menu 1 Ramadhan 1437 H

Gambar
Alhamdulillah.... Sempurna sudah ibadah puasa kita untuk hari yang pertama. Ini baru hari yang pertama.. banyak lagi hari-hari yang harus kita lalui dengan sabar dan penuh keimanan. Bila kita bersembang tentang ibadah puasa, pasti tidak lengkap jika tidak berbicara tentang juadah berbuka puasa yang di sajikan untuk hidangan keluarga. Ialah kadang kala sebagai suri rumah.. pasti buntu memikirkan apalah juadah yang ingin di sajikan. Jika kita berkongsi.. pasti sedikit sebanyak dapat memberikan idea untuk rakan-rakan yang lain menyediakan hidangan untuk keluarga mereka juga. Bukankah memudahkan tugasan orang lain juga satu daripada badah. Kebiasannya kita sebagai ibu bapa banyak mengalah dengan anak-anak. Juadah yang terhidang kebiasannya adalah menu istimewa yang di sediakan sesuai citarasa anak-anak. Mak dan ayah tak kisah sangat.. apa sahaja juadah yang terhidang dah rasa bersyukur sangat.. namun lebih kepada rasa sayang dan simpati bila melihat anak-anak yang letih seharian berpuasa. ...

Resepi Nasi Kerabu Kelantan yang sangat sedap!

Gambar
Assalamualaikum... Alhamdulillah bertemu lagi kita. Apa khabar semua rakan-rakan alam maya ita, semoga semuanya sihat-sihat selalu, senantiasa riang dan gembira. Diam-tak diam, kita semakin hapir dengan bulan Ramadhan, tak sepelaung kata orang.. Pejam celik.. pejam celik dah masuk Ramadhan. Pasti anda semua dah bersedia nak merebut segala pahala yang telah di janjikan. Selamat beramal dan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak ita ucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Lama jugak rasanya dapur maya ita ni tak berasap kan..? Ada yang dah rasa rindu ke? Ok lah.. kerana dah lama dapur tak berasap.. hari ini ita sajikan dengan satu menu istimewa dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Kalau sebut Nasi Kerabu, pasti semua dah terbang melayang-layang ke negeri yang popular dengan gelaran Serambi Mekah ni kan.. Nasi kerabu adalah menu yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan. Ia merupakan makanan yang sering di sajikan untuk sarapan pagi, makan tengahari, atau sebagai hidangan keramaian....