Postingan

Menampilkan postingan dengan label DAGING

Sup Gear Box Tulang Merah

Gambar
Petang ni ita nak kongsikan satu lagi resepi yang sedap dan menjadi kesukaan kami sekeluarga. Sebenarnya resepi ni ita pernah kongsikan sebelum ni di  SINI Resepi sup tulang merah ni cukup popular di Kota Singapura. Kalau pergi ke Singapura mesti nak pekena Sup Tulang Merah, kalau tak nanti balik teringat-ingat dan terbayang-bayang aje.. Atas permintaan anak ita Azrul, maka hari ini ita sediakan sekali lagi hidangan sup tulang merah, tapi kali ini ita menggunakan tulang gear box. Ini semua akibat terliur sup tulang abang ita lah ni.. ^o^ hihi nak mengecek sikit jauh lah pulak di Kuala Lumpur. Bila nak makan kenalah rajin masak sendiri.. Kali ni ita kurangkan sikit warna merahnya.. haha nanti kalau merah sangat takut pulak nak makan.. haha.. kan.. walaupun sebenarnya anak ita Azrul minta ita letak lebih sikit warna merah.. hihi katanya baru berselera nak makan.. Ok lah ita tak boleh nak sembang lama tau.. sebab ita nak kena siapakan juadah buka puasa petang ni.. Kita intai resepi du...

Menu berbuka puasa 10 Ramadhan

Gambar
Assalamualaikum Maaflah juadah tertunggak. Menu ini ita sediakan pada hari ke 10 Ramadhan. Hari ni dah pun 12 Ramadhan kan... Semalam 11 Ramadhan ita terlalu sibuk sebab segala oder untuk Kuala Lumpur ita kena siapkan semalam untuk di hantar. Tu yang ita sibuk seharian hingga ita tak sempat nak masukkan post ni dan juga tak sempat nak sedikaan juadah berbuka semalam. Jadi makan kedai lah kita kan... Ok kita terus aje pada menu hidangan yang ita sajikan pada 10 Ramadhan. 10 Ramadhan ita sediakan nasi ganja. Pernah dengar nama nasi ganja? Macam pelik aje kan... tapi nasi ni tak lah memabukkan.. Mungkin namanya di beri kerana keenakkan nasi ini yang menuntut sesiapa yang memakannya menambah nasi berulang-ulang.. kira macam ketagih lah tu... Itu lah sebab di gelarkan nasi ganja. Nasi ini di katakan cukup popular di utara tanahair.. dan lebih terkenal di Perlis. Ada juga yang kata ianya popular di Perak. Tak kisah lah kan dari Perlis atau Perak, apa yang penting kita dapat merasa pelbagai m...

Juadah berbuka puasa 8 Ramadhan

Gambar
Assalamualaikum Sebagai suri rumah , kadang kala naik buntu juga memikirkan apalah hidangan atau juadah yang nak di sajikan pada keluarga tersayang untuk berbuka puasa. Sebenarnya ita pun macam rakan-rakan yang lain juga, bingung kadang.. tak tahu nak masak apa. Mujur anak-anak tak ada masalah sangat.. apa yang ita masak mereka makan aje.. Cuma ita aje yang kadang.. macam pening tak tahu nak masak apa. Berjam-jam di dapur.. buka tutup buka tutup peti ais.. Selongkar habis peti ais...cari harta karun yang ada untuk di masak.. Hingga memaksa ita untuk selongkar pula dapur kawan-kawan untuk cari menu istimewa untuk di masak. Alhamdulillah.. jugak kan.. untung ada rakan-rakan yang sudi berkongsi resepi masakan.. Boleh juga di jadikan rujukkan bila kita dalam kebuntuan. Semoga perkongsian yang ikhlas ini dapat memberi ganjaran pahala untuk rakan-rakan yang tak pernah lokek berkongsi. Hari ini sekali lagi ita berkongsi resepi rakan-rakan yang telah ita cuba dan ita sajikan untuk hidagan berb...