Postingan

Menampilkan postingan dengan label ROTI

Sandwich Telur mudah dan ringkas

Gambar
Jika tempoh hari ita dah kongsikan Sandwich Tuna yang sedap! hari ini ita kongsikan pula sandwich telur yang mudah dan ringkas. Sandwich  telur ini,  sesuai di sediakan untuk sarapan pagi, minum petang, untuk bekalan anak-anak ke sekolah atau bekalan suami atau isteri ke tempat kerja. Di sebabkan sekarang ni kalau kita nak makan kat luar agak mahal, adalah lebih afdal jika kita sediakan bekalan untuk ke sekolah atau tempat kerja. Dapat jimatkan sedikit belanja, di samping sandwich ini juga makanan yang sihat dan sesuai bagi mereka yang diet atau pentingkan kesihatan tubuh . Untuk intinya tu boleh sediakan awal, simpan dalam peti ais tahan lah untuk 2 atau 3 hari. Bahan lain macam sayur-sayuran tu kita potong bila nak sediakan sandwich, lebih segar dan lebih rangup bila di nikmati. Cara membuatnya lebih kurang sama macam sandwich tuna, cuma bahannya lebih mudah dan ringkas. Tak perlukan capsicum kalau tak nak letak sayur dan tomato pun boleh. Tapi macam ita,  ita suka let...

Tuna Sandwich yang sangat sedap!

Gambar
Sandwich adalah makanan yang mudah di sediakan, ringkas, fresh dan juga healthy untuk tubuh badan kita. Tidak hairanlah jika ramai daripada kita yang menjaga kesihatan atau yang menjaga diet lebih gemar menikmati sandwich sebagai makanan seharian. Kami sekeluarga memang mengemari sandwich. Jika dulu ita lebih suka makanan yang berat, tapi bila dah meningkat usia, kita kena jaga pemakanan supaya terhindar dari penyakit yang boleh menganggu tugas kita sehari-hari. Dulu ita tak berapa suka sandwich tuna. Ita lebih suka sandwich sardin kerana lebih kemelayuan sikit dan sesuai citarasa ita yang tekak orang kampung ni. Tapi bila selalu suami bawa pergi makan sandwich di luar, atau bila travel dan payah nak cari makanan yang halal, yang membuatkan ita terpaksa juga menikmati sandwich terutamanya tuna sandwich. Jadi bila dah selalu sangat di sogokkan dan mula rasa sedap, itu yang membuatkan ita  terjatuh cinta dengan sandwich. Sebenarya dah kerap kali juga ita sediakan sandwich tuna, dan i...