Postingan

Menampilkan postingan dengan label Apam Goreng Mudah

APAM GORENG ... sarapan pagi :)

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua.. Pagi hari khamis yg indah... hahaha.. jgn nak bermadah yati oiii.. Pagi tu Najeeha tanya "Sarapan apa mama?" "Entahlah , tak tahu apa nak buat ni" Jawab saya.. "Lama mama tak buat apam goreng, lagi pun sambal tumis ikan bilis mama malam tadi ada lagi" Sarannya kepada saya.. Apa lagi laju lah saya ke dapur kerana bahan2 nya semua ada, tinggal di bancuh ajer.. Masa menunggu perap tu, saya keluarkan sambal tumis semalam utk dipanaskan.. Semerbak satu rumah.. lagi lah perut digamit kelaparannya.. Semasa saya memasak tu, saya dah buat air dan sambal tumis tu dah terhidang di meja.. apa bila siap satu.. hilang satu.. siap jer hilang jer.. rupanya dua beranak tu dah kelaparan sangat.. tu yg tak menyempat tu hahaha.. Tambah hari hujan laju jer lah mereka makan..  "Nabil makan apam ajer tau jangan cicah sambal "kata saya.. "Baik mama, makan mac...