Postingan

Menampilkan postingan dengan label Asam Pedas Ikan Belanak Mudah

Alhamdulillah.. Dah Pandai Siang Ikan si Chef Nabilah # Masak Pulak ASAM PEDAS IKAN BELANAK :)

Gambar
Salam petang yg ceria kekawan :) Pagi Sabtu selepas sarapan pagi tu Nabilah bertanya" Mama tengahari nak masak apa?. "Pergi tengok apa yg ada dalam peti ais tu" jawab saya. Bila dibuka tinggal ikan belanak yg belum disiang, cuma dibuang sisik ajer.. di pasar ikan kecil macam ni mereka tak siang. Jadi saya ajar dia siang ikan. Saya cakap kena buang semua darah-darah yg melekat kat ikan ni, darah kan najis, nanti kita termasak bersama najis sekali jadi haram. Dia pun mula menyiang ikan ni dalam bilik air. Yang geli hati saya dengan Najeeha ialah mulut dia yg membebel cakap kat ikan.. "eehh ikan bulih duduk diam2 tak.. susah tau gerak2 ni.." serupa macam hidup jer ikan tu dibuatnya.. Najeeha kata "mengapa kakak tu mama, cakap dgn ikan" biarkan.. janji dia suka..  Tak lama dia lepas tu dia bawa keluar ikan yg dah siap tu.. MasyaAllah .. bila saya lihat memang bersih dia menyiangnya.. "Pandai kakak siang ikan" puji saya.. kita kena sediakan makan...