Postingan

Menampilkan postingan dengan label Nasi impit by noxxa

KETUPAT ADABI & RENDANG AYAM BY NOXXA

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik hendaknya.. Pada hari family days FIL tu saya bawa ketupat mini adabi dan rendang ayam. Semua saya masak menggunakan noxxa cepat sikit. Saya masak masa hari jumaat malam sabtu.. Elok lembut dan padat masak ketupat guna noxxa ni.. selalu 1-1.30 jam baru masak.. guna noxxa ni 25 minit dah siap.. gambar yg dah potong tak sempat ambil pulak.. Cara masak ketupat adabi peket kecil guna noxxa : - 1 bungkus ketupat mini adabi (30peket) - secubit garam halus -1 helai daun pandan. Caranya : 1.Cuci ketupat, toskan.kemudian masukan innerpot dlm periuk noxxa dan masukan  ketupat dan air sehingga tenggelam ketupat tu. 2. Masukan garam dan daun pandan. 3. Tekan butang high pressure sehingga 25. Alihkan tombol kepada pressure. Tekan butang on. 4. Tunggu sehingga bunyi bif.. pusingkan nob kearah steam dan biarkan wap keluar sebelum buka penutup. 5. Toskan ketupat tu dalam tapisan. Ini pula masak ...