Postingan

Menampilkan postingan dengan label DESSERT

Puding Berkuah Yang Sangat Sedap!

Gambar
Ita memang sangat suka puding berkuah.. malahan bukan ita aje.. anak-anak , suami malahan kedua ibu dan bapa ita juga cukup mengemarinya. Kebiasannya ita akan sediakan pada setiap kali hari raya untuk merai kawan-kawan dan saudara-mara. Membuat puding berkuah tidaklah terlalu sukar. Bahannya pun tidak memberatkan malahan boleh di dapati di mana-mana sahaja kedai runcit. Puding berkuah kebiasannya di makan bersama puding kastard yang tidak terlalu manis , di sulami pula dengan buah-buahan coktail dan bertambah sedap lagi adalah kuahnya yang lemak berkrim. Anak-anak ita lebih sukakan puding berkuah bersama sumi jelly. Mungkin rasa kastard yang sedikit tawar buatkan mereka tak berapa minat.. dan kerana itu setiap kali ita buat puding, ita akan letakkan sedikit gula pada kastard supaya lebih manis dan di sukai anak-anak. Hari ini ita kongsikan resepi puding bekuah yang ita sediakan untuk berbuka puasa. Semoga ianya menjadi sumber inspirasi kepada para suri rumahtangga dalam mencari idea un...

Iftar 3 Ramadhan 2017

Gambar
Assalamualaikum Selamat berpuasa semua. hari ni ita kongsikan menu atau juadah berbuka puasa kami sekeluarga semalam.Ita macam biasa masak yang ringkas dan mudah. Apa yang pali utama di sukai oleh anak-anak dan suami. Memandangkan bulan puasa ni ita sedikit sibuk nak siapakan tempahan biskut raya, maka menu ita seringkas yang mungkin namun mengenyangkan. Ok ita pun tak boleh nak sembang banyak, nanti tak berasap pulak dapur petang ni. Jom kita intai terus menu yang mudah dan ringkas dari ita. KUE TEOW GORENG  Resepi oleh :  Dapur Tanpa Sempadan BAHAN-BAHANNYA  500 gram kue teow, cuci dan toskan 3 pokok sawi bok choy, asing tangkai dan daun, cuci, tos dan siang 2 biji telur, pukul sedikit 4 biji bawang merah, hiris 3 ulas bawang putih, cincang halus 1 keping fish cake, hiris 1/2 cawan isi udang Taugeh secukupnya 1 camca besar sos cili 2 camca besar kicap pekat Kicap cair secukupnya 1 kiub ayam maggi (optional) 3 camca besar cili kisar 5 biji cili padi, cincang halus (optio...

Jelly Laici Yeo's segar dan nyaman ajeee..

Gambar
Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat seluruh umat Islam walau di mana sahaja anda berada. Alhamdulillah sekali lagi kita dapat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sabar dan dapat melengkapkan keimana kita kepada Allah . Bulan puasa tahun ini bersekali dengan cuti sekolah kan..? pasti para ibu lah yang paling sibuk untuk menyediakan juadah berbuka dan bersahur di samping melayan setiap keinginan anak-anak. Tak pe lah.. puasa setahun sekali.. masa nilah kita nak merapatkan hubungan kekeluargaan di samping menunjukkan kasih sayang terhadap ahli keluarga. Bercerita pasal bulan puasa ini, pasti menu untuk berbuka puasa adalah suatu yang sering bermain di benak para ibu. Tak tahu nak sediakan apa untuk hidangan berbuka puasa nanti.. Ok! memandangkan bulan puasa ini jatuhnya pada cuti sekolah dan dengan cuaca yang agak panas, apa kata ita kongsikan satu kudapan atau pencuci mulut yang ringkas, sangat mudah di sediakan dan ian...

Jelly Kelapa Pandan lembut dan harum!

Gambar
Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua. Bagaimana cuaca di tempat anda sekarang? di Johor Bahru ni pagi memang panas terik tapi bila petang akan turun hujan. Masa ita balik Kota Bahru raya tempoh hari, cuaca sangat-sangat panas. Ita ingat di JB aje cuaca panas, rupanya di Kota Bahru lagilah panas hingga ita demam teruk jugaklah. Tak boleh bangun dan kepala pening ting tong! Bukan ita aje yang demam, Dalili pun demam hingga suhunya terlampau panas. Mak mertua dan adik ipar pula sakit kepala.. Memang lain macam betul panasnya.. Bila cuaca panas, biasanya ita suka buat jelly. Bila buat jelly ni tak sempat lama dalam peti. Kejap aje habis. Biasa ita suka jelly kelapa dan kerap kali juga buat jelly kelapa terutamanya bila ada kelapa muda. Kami sekeluarga memang suka makan jelly kelapa. Bila tak ada kelapa ita gantikan dengan mata kucing atau laici sedap jugak! Bila bapa ita bagi kelapa, ita pun buatlah jelly. Kalau nak beli kelapa muda agak mahal sekarang. Satu biji kelapa muda di JB n...

Juadah berbuka puasa

Gambar
Salam Ramadhan buat semua.. Hari ini ita kongsikan resepi atau juadah berbuka puasa kami sekeluarga yang semakin hari semakin ringkas... hihi maklumlah maknya semakin sibuk dan semakin mengejar masa. Takut segala tempahan tidak dapat di sempurnakan dalam masa yang di janjikan. Ya allah.. haraplah semuanya berjalan lancar.. seperti apa yang telah di rancangkan dan di permudahkan hendaknya. Ok lah ita tak boleh cakap banyak sangat hari ni.. banyak lagi kuih yang harus di terap dan banyak loyang berisi biskut yang menanti giliran untuk di bakar. Kita terus aje pada juadah ita yang serba ringkas. PUDING JAGUNG Resepi oleh : Kak Haneliza 1/2 cawan tepung kastard 1/2 tin susu cair ~ 200 ml 1/2 cawan gula halus 1 sudu besar margerine 2 cawan air 1/2 tin jagung dalam tin Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau atas dapur dengan api yang sederhana hingga naik wap. meletup-letup dan berkilat Tuangkan ke dalam loyang atau acuan yang telah di oleskan dengan sedikit minyak Sejukkan Hidangkan ...

Juadah Berbuka Puasa 14 Ramadhan

Gambar
Juadah berbuka puasa pada 14 Ramadhan yang lalu. Menu yang serba ringkas yang sempat ita sediakan di kala ita semakin sibuk menyiapkan tempahan biskut raya. Jadi mana yang sempat aje lah kan.. Dah pertengahan Ramadhan ni.. anak-anak dah semakin kurang memilih nasi. Bila melihat ibunya yang semakin sibuk, mereka pun dah tak banyak songeh.. apa aje mak masak kita makan.. Alhamdulillah mudah sikit kerja maknya. Ok hari ini ita kongsikan resepi yang sempat ita sediakan. Kita mulakan dengan minuman dahulu ya. Minuman yang menjadi kesukaan suami, air mata kucing. Minuman ni sesuai di minum panas atau sejuk. Tapi bulan Ramadhan ni semua minta yang dingin. Mudah aje cara penyediaan air mata kucing ni.. AIR MATA KUCING 1 gengam mata kucing kering 1 helai daun pandan di simpul gula secukup rasa air secukupnya Rebus mata kucing dengan air dan daun pandan hingga kembang Bila dah kembang masukkan gula secukupnya Biarkan didih Bila dah masak sejukkan Hidangkan dengan ketulan ais untuk rasa yang ding...