Soto Jawa
Satu lagi juadah atau hidangan yang seringkali di sediakan pada musim perayaan ialah soto. Kalau di Johor ni.. soto memang cukup popular di majlis rumah terbuka. Ini adalah kerana penyediaannya yang mudah dan ringkas di samping ianya adalah makanan yang di sukai ramai. Ada yang menyukai soto nasi, soto mee halus atau mee kuning. Soto nasi impit biasanya di panggil soto. Jika menggunakan mee halus di panggil mee soto. Walau apapun yang di sediakan bersama kuah soto janji ada sambal kicap pasti enak dan membuka selera. Soto kalau di Indonesia adalah berbeza mengikut daerah dan tempat. Sebab tulah kita ada dengar soto Bandung, Soto Madura, soto Jowa dan lain-lain lagi. Hari ini ita kongsikan soto Jawa. Cuma cara menghidang ita tetap dengan cara Johor. Makan dengan begedil dan sambal kicap. Kalau ikut soto Jawa original ianya di makan bersama telur rebus, kentang dan soon. Tapi anak-anak ita tak biasa makan soto dengan telur, sebab tu ita kekalkan soto dengan hidangan Johor, cuma penyediaa...