Doa Hari Jumaat :: DOA BUAT KITA
بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين. والصلاة و السلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمع Assalamualaikum. Salam pagi Jumaat bersamaan 27 Rabiul Awal 1437H. Muga diberkati oleh Nya jua. Alhamdulillah. Ya Allah kami ini sering melakukan apa yg kami suka, mudahkanlah, juruskanlah dan kazimkanlah kami melakukan apa yg Engkau suka, bukan sesuka hati kami. Dan berikanlah kami kepuasan dan ketenangan dlm melakukan nya serta dijauhkan drpd penyakit2 hati yang boleh merosakkan dan merugikan kami. Sila baca surah alkahfe di hari jumaat yg mulia ini. Muga segala usaha kita mendapat berkat serta keredhaan dari Nya jua. In sya Allah. Aameen. Doa hari Jumaat Ya Allah Ya Tuhan kami, pada hari yg mulia ini, kami berdoa memohon keredhaanMu utk melaksanakan segala tanggungjawab yg telah diamanahkan. Bukakanlah pintu hati kami bagi menerima segala kefahaman, curahkanlah hidayahMu agar dapat kami jadikan sebaik-baik penghayatan. Allahumma Ya Rahman Ya Rahim. Jadikanlah alQuran itu ...