Postingan

Menampilkan postingan dengan label Cempedak Goreng Rangup

Puas Dapat Makan CEMPEDAK, Goreng Pulak Ala-Ala HOTEL Gitu RANGUP.. ~__^

Gambar
Salam petang yg ceria kekawan :) Masa pagi sabtu tu sebelum pergi kenduri kahwin tu.. adalah kawan sekolah wasap kat Group Ladies tu.. Jamilah taukeh nya.. Siapa nak  oder cempedak madu .. 3 kilo RM25.00. Tengok siap dah kupas dan dimasukkan kedalam tu .. Ok lah bagi saya harga tu.. dah tentu kita dapat yg elokkan.. Petang balik dari kenduri tu saya singgah rumah Jamilah tu.. saya ambil sekali 3 bekas kerana nak bawa balik kuang sekali kan.. Sampai rumah Jamilah banyak sungguh cempedak kat rumahnya.. tanya kat dia ko jual sebijik ni berapa Milah.. Tak nak lah Ti.. aku tak jual sebiji-biji katanya takut nanti busuk atau pun isi dalamnya hanya ada 7-8 ulas jer.. sian org yg membelinya.. Ini lah ikhlasnya orang meniagakan fikir semua masalah tu akan dihadapi oleh pelanggannya.. semoga murah rezeki Jamilah sekeluarga.. rupanya hubby dia ada kebun cempedak madu ni.. jadi ambil di kebun tu lah.. kebanyakan dia jual siap yg dah kupas tu.. Satu bekas saya bagi Kak andak.. sampai rumah emak...