NABIL MASUK JAWI... Nabil Tak Nangiskan Mama ^__^
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya.. Disinilah tempat saya bersunat esok :) Pada hari Jumaat 27 November 2015 diadakan solat hajat dan doa selamat untuk Program Khatan Perdana Masjid Seksyen 7 pada 28hb November 2015. Pada malam tu Nabil pergi bersama en suami dan kakak-kakaknya. Saya tak ikut kerana kepenatan. Program ni kerjasama MPP Zon 3 dan masjid. Hanya RM50 utk bayaran berkhatan ini. Muka gembira dua orang sepupu tu, kami teman adik makan sarapan dimasjid tu, disediakan nasi lemak dan kuih muih. Esok pagi Sabtu , seawal pagi pukul 6.45am kami telah keluar rumah, en suami kata kena daftar awal sebab ramai budak yang berkhatan, 73 orang, baik kita daftar awal sebab dia ikut nombor utk bersunat tu. Alhamdulillah Nabil dapat nombor 6 dan Denny nombor 7, en suami daftarkan sekali kerana adik saya dalam perjalanan katanya. Lepas daftar pergi sarapan dulu, sebenarnya masjid dah ada sarapan tapi pukul 7.30am nanti. En suami kata jom lah ...