Bangganya KALI PERTAMA Dapat MEDAL... Ujar NABIL 😆😍😙 ~__^
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :) berada ditempat rumah hijau sebelum acara bermula... tersenyum riang nabil kerana pertama kali bersukan yg proper.. Semalam 26 Februari 2017 adalah temasya sukan sekolah nabil SRAI DMYS.. Malam tu punya semangat nak bersukan.. siap cakap bangunkan nabil pukul 4.30am ye mama sebab kena ada kat pada stadium pukul 7.30am... awal sungguh tu Nabil ujar saya hahhaha dengan gelak tawa bersama.. Pagi tu memang saya bangun 4.30am macam biasa.. buat sarapan.. mee hoon goreng, goreng ayam mas tu, sandwich sardin dan burger daging (yang ini kak nabilah yang tolong buat sama sandwich) Jadi pukul 7.00am kami dah bertolak ke stadium Uitm tu.. tak mengalah sukan di stadium kan hehehe.. Dimulakan dengan pertandingan perbarisan antara rumah.. macam2 maskot yang ada.. Rumah Hijau tu memilih buaya bujang senang katanya hihihi.. Rumah Biru memang dapat rare sikit tu.. maskot...