Apabila Saya Disahkan Sakit "TIROID"
Assalamulaikum kekawan.. Pada hari Isnin tempohari saya pergi berjumpa doktor pakar bagi rawatan susulan saya masuk wad tempohari entri ini setelah 4 hari saya berkampung di situ. Apabila jumpa dengan doktor tu saya membawa segala hasil xray dan CT Scan. Doktor kata tak perlu dah tu Yati.. saya tahu apa sakit awak. Apa sakit saya doktor. Mengikut keputusan darah ini awak di sahkan sakit "Tiroid".. Apa sakit itu doktor.. ada bengkak di kelenjer leher awak.. doktor pun memeriksa leher saya, tapi tiada bengkak, doktor kata mungkin disebelah dalam. Sekarang awak kena makan ubat tiroid ni sekurang-kurangnya 1 1/2 tahun, terperanjat saya.. lama sungguh bergantung pada ubat.. Doktor kata awak cuba ubat ni dulu.. jika ada naik ruam-ruam bermakna ubat ni tak suai dengan awak dan berhenti makan. Balik dari hospital saya pun google apa itu sakit tiroid dan penawarnya.. Macam2 yg saya dapat info.. sambil tu saya masuk juga kat wasap group kawan2 pejabat.. rupanya ada seorang ...