Postingan

Menampilkan postingan dengan label TEMPAHAN

Royal Cake WOW!

Gambar
Hari ini ita singkap kembali tahun 2016 yang banyak kenangan masam manis yang sukar di lupakan. Pelbagai kisah suka-duka sepanjang meredah tahun 2016. Alhamdulillah dalam kesesakkan dengan pelbagai dugaan.. persaingan... harga barang yang melambung... kos sara hidup yang semakin meningkat.. dapat juga kita redah arus ini hingga ke penghujungnya.. Alhamdulillah, tempahan kek tahun lalu juga sangat memberansangkan. Banyak sangat pengalaman baru.. dapat belajar ilmu baru dari setiap tempahan yang di pinta. Alhamdulillah.. tahun ni juga ita tak berhadapan dengan ragam customer. Semuanya sangat memahami.. sangat baik dan sangat pemurah. Ia membuatkan ita rasa cukup seronok dan sangat mencintai dunia yang ita pilih ini. Tahun ni juga.. ita banyak terima tempahan kek yang besar-besar. Berkilo-kilo beratnya hingga terpaksa tempah lapik yang lebih besar kerana saiz lapik kek yang di jual di kedai tidak sepadan. Ini cukup menerujakan, kerana ita dapat belajar sesuatu dari pengalam yang cukup ber...

Macam mana nak tentukan harga kek?

Gambar
Assalamualaikum Apa khabar semua teman-teman ita di luar sana Alhamdulillah ita sihat, cuma sedikit sibuk sejak dua menjak ni.. Maklumlah bila dah masuk hujung tahun ni.. banyak benda nak kena di satelkan, di samping memenuhi permintaan tempahan kek dari teman-teman dan persedian kelas ita yang berlangsung setiap bulan. Kadang kala sedih jugak.. bila sibuk, ita kurang dapat menjenguk blog kesayangan ita ni.. Kurang masa dapat menyediakan resepi yang menjadi pilihan follower ita dan jarang -jarang dapat bersembang panjang seperti yang pernah ita lakukan dulu-dulu.. Ada masa rindu jugak dengan situasi dulu.. punya banyak masa menyediakan juadah untuk di kongsikan dengan teman-teman.. dapat merakamkan gambar kenangan bersama masakkan yang ita sediakan.. sekarang masa seakan terlalu pantas berlari.. tercungap-cungap nak mengejar.. Hari ini ita cuba luangkan sedikit masa untuk menjawab beberapa pertanyaan adik-adik di alam maya. Rata-rata ramai yang masih kurang mahir untuk meletakkan harga...

Cake.. cake.. cakes..

Gambar
Kek sepanjang minggu yang sempat ita siapkan. Terima kasih kepada yang menempah kek.. terima kasih kepada mereka yang sering menyokong. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya.. Segala kekurangan dan kelemahan ita mohon ampun dan maaf. Jom kita intai beberapa kek yang sempat di siapkan sepanjang minggu lalu.. Bagi anda yang nak menempah kek dengan ita, anda bolehlah whatsap ita di talian 018 ~ 7691544  Tempahan untuk kek perkhawinan hendaklah di buat 1 bulan awal dan untuk kek ulangtahun adalah 2 minggu awal.

Cake Manchester United

Gambar
Kek tempahan semalam dengan tema MU. Suka pulak ita dengan kek yang satu ini. Kek yang sangat simple dengan deco logo MU sebagai pilihan untuk suami tersayang yang amat meminati pasukan bola yang di sayangi ramai ini. Tak sukar menyediakan kek ini kerana tuan empunya memilih sendiri design untuk kek yang bakal di hadiahkan kepada suami tersayang sempena ulang tahunnya yang ke 50. Dalamnya adalah kek rainbow dengan lemon cream cheese frosting. Di saluti coklat ganache dan di balut dengan fondant sebagai hiasan dekorasi. Terima kasih ita ucapkan, minta halal mana yang terkurang. Selamat ulang tahun kepada en suami semoga semakin bertambah usia semakin utuh lagi ikatan kasih sayang pasangan bahagia ini. Bagi anda yang nak menempah kek dengan ita, anda bolehlah whatsap ita di talian 018 ~ 7691544  Tempahan untuk kek perkhawinan hendaklah di buat 1 bulan awal dan untuk kek ulangtahun adalah 2 minggu awal.

Spiderman Cake

Gambar
Happy Birthday Syabil Ini adalah kek yang ita sediakan untuk adik Syabil yang menyambut ulang tahunnya yang ke 6 tahun. Ini bukanlah kek pertama yang di tempah oleh mama Syabil.. dah banyak kali juga mama Syabil tempah kek dari ita dengan pelbagai karektor kartun yang Syabil minati. Terima kasih pada mama Syabil yang masih setia dan senantiasa memberikan sokongan atas apa yang kak ita lakukan. Tempahan kali ini dengan tema Spiderman yang menjadi minat Syabil kini. Mama Syabil berikan sepenuh kepercayaan atas kreativiti ita untuk menghias kek anak kesayangan beliau. Kek ni bersaiz 10 inc dilempa dengan buttercream dan kek coklat sebagai kek yang dipinta. Ita buatkan kek ala-ala komik untuk menterjemahkan karektor Spiderman yang menjadi superheroes kesayangan Syabil. Semoga Syabil happy dengan kek yang auntie buatkan ini.. Selamat Ulang Tahun buat Syabil dan semoga membesar menjadi anak yang menjadi kebangaan mama dan papa ^_^ Ini adalah kek 2D, di mana ita gunakan gumpaste untuk Spiderm...

Hello Kitty Cake Design

Gambar
Kek Hello Kitty ni adalah kek tempahan dari rakan sekolah ita. Ini bukanlah kek yang pertama kali  di tempah oleh kawan ita ni.. dah banyak kali jugak lah.. Terima kasih pada Fid yang selalu tempah kek dengan ita dan senantiasa berikan sokongan pada ita. Fid ni bukan sahaja rakan sekelas masa ita sekolah menengah, tapi beliau juga rakan ita sama-sama jalan kaki setiap kali pulang dari sekolah di bawah terik matahari. Dulu-dulu tak lah bimbang sangat kalau balik sekolah jalan kaki. Sekarang pasti ibu bapa dah tak berani nak lepaskan anak-anak pergi dan balik sekolah jalan kaki kan.. Fid minta ita buatkan kek Hello Kitty untuk anak saudara beliau. Kek coklat dan bersalutkan buttercream. Deco kek, Fid serahkan 100% pada kebijaksanaan ita untuk menghiasnya. Cuma warna pilihan sudah tentulah warna pink selari dengan kartun comel kesukaan anak buahnya itu. Hari ini ita kongsikan bagaimana ita mendeco kek Hello Kitty untuk kawan ita ni. Bagi anda yang selalu terima tempahan de...