Postingan

Menampilkan postingan dengan label MALAYSIAKU INDAH

Warong Saga penuh nolstagia...

Gambar
Kalaulah anda tersesat di Johor Bahru jangan lupa mencuba pelbagai resepi warisan Johor. Johor, ramai yang kata syurga makanan. " Orang Johor pandai masak.." eh! betul ke orang Johor pandai masak.. macam tak caya..je.. Dekat Johor ni memang banyak makanan yang menarik dengan resepi yang hebat dan membuka selera. Lontong, soto, satay, mee rebus, nasi lemak, nasi beriani gam, mee bandung, rojak asma, rojak petis, tauhu bakar.. wah.. tak muat blog ni kalau nak senaraikan semua makanan yang hebat di Johor. Takut ada pulak yang terliur.. Tapi masalahnya bukan mudah nak jumpa tempat makan yang menarik dengan resepi warisan yang masih di kekalkan. Kebanyakkan tempat makan yang tumbuh banyak dari utara dan pantai timur. Yang paling banyak restoran makanan Thai dan Indonesia, dengan tomyum lah, bakso, nasi ayam penyet lah.. pecal leleh lah.. lah.. entahlah.. apakah orang johor dah bertukar selera atau orang luar yang banyak berhijrah ke Johor. Hari ini ita nak bawa anda semua ke satu ...

Merecik peluh sejuk di Kellie Castle

Gambar
Kunjungan kami ke Batu Gajah tidak lengkap dan sempurna rasanya jika tidak melawat ke istana agam tinggalan milik Willian Smith. Istana Kellie atau lebih di kenali sebagai Kellie's Castle adalah merupakan tarikan utama apabila anda berkunjung ke Batu Gajah Perak. Perjalanan dari Johor Bahru ke Batu Gajah memakan masa 6 jam hingga 7 jam bergantung pada trafik. Sebenarrnya tujuan kami ke sana atas urusan lain.. tapi sempat jugalah mencari tempat yang menarik untuk di lawati. Kata orang sambil menyelam minum air... sebenarnya bumi kita Malaysia yang tercinta ni banyak tinggalan sejarah yang perlu kita terokai dan gali. Ianya harus kita simpan sebagai satu khazanah bangsa untuk tinggalan sejarah yang harus di kenang dan di banggakan oleh anak bangsa dan generasi muda seterusnya. Sebenarnya tak banyak yang ita tahu tentang tempat yang menarik di negeri Perak. Walaupun sebagaimana yang kita ketahui, Perak adalah negeri yang kaya dengan kesan sejarah dan khazanah bumi batu kapurnya yang m...