Royal Cake WOW!
Hari ini ita singkap kembali tahun 2016 yang banyak kenangan masam manis yang sukar di lupakan. Pelbagai kisah suka-duka sepanjang meredah tahun 2016. Alhamdulillah dalam kesesakkan dengan pelbagai dugaan.. persaingan... harga barang yang melambung... kos sara hidup yang semakin meningkat.. dapat juga kita redah arus ini hingga ke penghujungnya.. Alhamdulillah, tempahan kek tahun lalu juga sangat memberansangkan. Banyak sangat pengalaman baru.. dapat belajar ilmu baru dari setiap tempahan yang di pinta. Alhamdulillah.. tahun ni juga ita tak berhadapan dengan ragam customer. Semuanya sangat memahami.. sangat baik dan sangat pemurah. Ia membuatkan ita rasa cukup seronok dan sangat mencintai dunia yang ita pilih ini. Tahun ni juga.. ita banyak terima tempahan kek yang besar-besar. Berkilo-kilo beratnya hingga terpaksa tempah lapik yang lebih besar kerana saiz lapik kek yang di jual di kedai tidak sepadan. Ini cukup menerujakan, kerana ita dapat belajar sesuatu dari pengalam yang cukup ber...