Postingan

Menampilkan postingan dengan label Sawah Padi

KUANG TANAH TUMPAH DARAH KU ... Bangga pulak keluar kat FB (^__^)

Gambar
Sekodeng FB sekali tu ada lah pulak kawan post kat wall cerita pasal Kampung Kuang, Ialah kampung tempat tumpah darah sendiri.. Mak kata dulu saya dilahirkan dirumah sebab tak sempat nak pergi hospital sebab masa tu sibuk darurat 13 May 1969.. Dah betullah tempat darah tumpah hehehe .. Jom baca.. apa ada di Kuang Selangor. Ini adalah pekan kuang tempat saya dok pergi masa kecik2 utk membeli belah..  kalau pergi sini dah kira suka sangat.. tapi biasalah pengusahanya mesti china kan.. Kat pekan tu ada Stesyen Keretapi.. dulu buruk jer.. dulu2 pergi Rawang dgn Mak naik keretapi lah.. Sekarang lagi sibuk dengan adanya Komuter.. Stesyen pun semakin cantik.. Kuang ialah bandar di Selangor, Malaysia. Kepentingannya dahulu ialah permulaan cabang landasan kereta api ke Batu Arang dari mainline Keretapi Tanah Melayu. Me nurut cerita, kawasan Kuang mula dibuka pada sekitar tahun 1920-an. Nama ”Kuang” diambil bersempena nama Tengku Awang iaitu wakil Sultan yang selalu berburu di Kampung Orang ...