Postingan

Menampilkan postingan dengan label tampal gigi

WRAP CHICKEN SIMPLE DAN MUDAH emmmm dapnyaaa.. :)

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah jua hendaknya.. Semalam saya pergi follow up untuk sakit Tiroid saya ini.. pepagi pukul 8.00am saya dah sampai ke DEMC Hospital sebab nak ambil darah pukul 8.30am tapi nurse tu tengok saya dah sampai awal terus bagi borang utk pergi ambil darah. Lepas saya ambil darah tu, nurse tu kata akak datang pukul 10.30am balik ye, jadi saya ambil kesempatan utk pergi ke SRII Alhana utk ambil buku latihan utk Najeeha buat latih tubi dirumah, itu persediaan UPSR yg di suruh oleh Pengetuanya... Lepas tu pergi pulak ke Madrasah Kak Nabilah, malam tu ustazah dia mesej, minta tolong hantar telekung dia yg tertinggal.. Aduhai kakak seorang ni.. Selepas tu pergi semula ke DEMC Hospital berjumpa dengan doktor pakar , Alhamdulillah keputusan darah saya semakin baik.. doktor terperanjat juga sebab perkembangan yg baik, sebelum ni ujian darah saya tu 40 dan bila ujian pagi tu dah 28 , Alhamdulillah kata doktor semakin baik, jadi minggu de...