Postingan

Menampilkan postingan dengan label KEK SPAN ASAS

Basic Butter Cake Yang Sangat Sedap

Gambar
Ibu duit... ibu duit... ibu duit... Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi yang di katakan menjadi ibu duit di kalangan bakers kecil-kecilan atau pun suri rumahtangga. Ita tahu.. ramai daripada kita yang mengemari butter cake. Bau kek butter yang harum di tambah dengan kegebuan dan kelembutannya, semakin tertarik dengan pelbagai corak dan warna yang menghiasi kejadian kek yang sudah menjadi satu kemestian setiap kali hari raya menjelma. Tak lama lagi kita semua akan menyambut Aidil Adha. Bagi yang nak pulang ke kampung... apa kata sediakan sebekas dua kek butter ini untuk ibu dan ayah di kampung. Resepi yang ita ingin kongsikan ini cukup mudah dan cukup simple. Dengan hanya satu resepi sahaja, anda dapat sediakan pelbagai jenis butter cake bersesuaian dengan citarasa anda.. Waaaa... terujakan.. Pasti dah tak sabar nak tahu ni... cuba dok rapat sikit.. akak nak kabor.. ni.. Resepi ni adalah resepi hasil perkongsian dari Chef ibu duit kita yang sangat ita hormati dan kagumi.. Siapa ...