Melenjan di GOLD COAST MORIB ~__^
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya. Pergi melenjan ke Gold Coast Morib ni pada penghujung bulan Disember 2016 yg lepas.. kesian anak2 tiada bawa ke mana tu.. jadi last minit booking kat agoda untuk ke sini.. saya ambil apartment 2 bilik.. besar juga rumah nya .. tak sempat pula nak ambil gambar apartment tu.. sebab nak masuk chek in pukul 3pm.. anak2 dah sibuk mengajak terjun kolam hahha :D Kami sampai tu awal kekawan.. dari rumah Shah Alam tu lebih kurang 1 jam jer.. lebih kurang pukul 12 tengahari.. kononnya weekdays ni boleh lah check in awal.. tapi non hado .. sebab cuti sekolah kan.. jadi tunggu lah pukul 3pm tu .. Jadi kami pergi lah ke tepi pantai tu untuk makan tengahari bekal yg dibawa tu.. sedap pula makan sambil ditiup angin pantai tu.. saya dah masak awal2 dari rumah.. menu hari tu.. tomyam ayam.. ayam goreng berlada.. ayam goreng kunyit.. kena ikut tekak anak.. ada yang nak pedas ada ...