My CHURROS tapi GEMUKS (~__^)
Salam petang yg ceria kekawan :) Buat churros ni dah lama.. Najeeha yg iye nak mencuba.. jadi ikut jer lah.. lagi pun bahan-bahannya mudah dan ada dirumah pun.. Petang tu kami berdua pun godek-godek 2 orang.. sambil gelak-gelak.. iye lah orang keras tangan yg membuatnya.. gitu lah jadi kaedahnya.. Tengok dua kali pulak balogger Tun Telani post kat FB tu.. tu yg tergoda.. jadi bila dah tergoda mula teringin nak merasanya.. Bahannya :- 1 cawan air 11/2 sudu besar gula 1 1/4 cawan tepung gandum (boleh campurkan serbuk cinnamon sekiranya suka) 1 biji telur - Gred A 1/2 sudu teh garam 1sudu besar butter Caranya :- 1. Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api. 2. Masukan tepung. Kacau cepat-cepat agar tepung tidak berketul kemudian angkat dari api (adunan akan melekat-lekat) 3. Terus masukan telur dan kacau sebati. (jadi seperti gambar diatas) 4. Bulatkan adunan kepada doh kecil-kecil dan masukkan ke dalam acuan(boleh gunakan nozzle bentuk bintang dan masukan ke dalam pip...