Postingan

Menampilkan postingan dengan label Lembaga Zakat Selangor

MALAM ANUGERAH PERKHIDMATAN LZS - 7 November 2015

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi jua hendaknya.. Hendak jua mengabadikan kenangan di blog kecik saya ini tentang Anugerah Perkhidmatan  20 tahun di LZS.. Sempena 20 tahun perkhidmatan, tahun ini saya menerima Sijil Simpanan Premium berjumlah RM1,500.00. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yg telah memberi rezeki kepada saya. Saya ambil gambar ni dari FB Sabri Sepatutnya saya bersama dua rakan saya ini diatas pentas,malangnya saya tidak dapat menghadirkan diri atas sebab kesihatan yg tidak mengizinkan. Pada tarikh itu saya baru jer discaj dari hospital.. terasa sedih juga sebab tidak dapat meraikan bersama-sama rakan seperjuangan saya. Hanya tinggal kami bertiga dari lebih 30 orang yg berkhidmat pada tahun 1995 itu. Shamshuri (sebelah kanan tepi) yg sama masuk berkhidmat dengan saya pada 2 Jun 1995 dan Mohd Sabri (sebelah kiri tepi) ini masuk awal, rasanya dalam bulan Mac 1995.  Ini Anugerah Perkhidmatan 15 tahun saya pada tahun  2010...