Postingan

Menampilkan postingan dengan label Gold Coast Morib

WW :: JOM BERKUBANG DI GOLD COAST MORIB 😂😄😆

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.. Bila tulis berkubang tu.. teringat almarhumah mak.. selalu cakap kami macam tu sebab berkubang di sungai.. anak2 sekarang berkubang di theme park pulak kan..  Ini petang hari pertama sampai tu.. sakan melenjan depa dgn slide yg banyak ni.. Pastu main buaian dalam air pulak.. kak nabilah tukang pusing kan dulu.. pastu baru melompat naik :).. Elok pulak ada tiga buai tu.. jadi sorang satu serta boleh bermain bersama :D Lepas tu berenang-renang pulak dibahagian yang ala-ala river tu.. jauh juga pusingan sungai tu.. Ada slide yg tinggi tu.. saya nak ambil gambar tak sempat.. dah meluncur jer sampai.. budak2 ni dayakan juga memanjat tinggi utk slide tu.. saya tengok dari bawah jer.. adalah naik sekali meneman nabil.. tengok mcm boleh lepaskan mereka naik bersendirian.. mama pantau dari bawah jer lah :D.. Tempat air ni lah yg menggembirakan anak-anak kan kekawan :)

Melenjan di GOLD COAST MORIB ~__^

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya. Pergi melenjan ke Gold Coast Morib ni pada penghujung bulan Disember 2016 yg lepas.. kesian anak2 tiada bawa ke mana tu.. jadi last minit booking kat agoda untuk ke sini.. saya ambil apartment 2 bilik.. besar juga rumah nya .. tak sempat pula nak ambil gambar apartment tu.. sebab nak masuk chek in pukul 3pm.. anak2 dah sibuk mengajak terjun kolam hahha :D Kami sampai tu awal kekawan.. dari rumah Shah Alam tu lebih kurang 1 jam jer.. lebih kurang pukul 12 tengahari.. kononnya weekdays ni boleh lah check in awal.. tapi non hado .. sebab cuti sekolah kan.. jadi tunggu lah pukul 3pm tu ..  Jadi kami pergi lah ke tepi pantai tu untuk makan tengahari bekal yg dibawa tu.. sedap pula makan sambil ditiup angin pantai tu.. saya dah masak awal2 dari rumah.. menu hari tu.. tomyam ayam.. ayam goreng berlada.. ayam goreng kunyit.. kena ikut tekak anak.. ada yang nak pedas ada ...