Postingan

Menampilkan postingan dengan label SOTO

buat soto ayam dan air nenas kesukaan suami.

Gambar
Juadah buka puasa semalam ita cukup simple, ita buat soto ayam  dan air nenas kesukaan suami. Sebenarnya ita tak sempat nak sediakan juadah buka, balik dari salon dan pukul 6, adoii...  masak apa yang ada dalam peti ais aje.. kebetulan ada ayam, apalagi buat menu yang paling mudah, maka terhasillah juadah buka puasa soto semalam. Balik terus rebus nasi himpit dulu, ita guna yang segera aje NONA brand lain ita tak berapa suka, sebab kadang nasinya berderai. Lepas tu terus bland bahan dan tumis, masuk ayam godek.. godek Alhamdulillah tepat pukul 7 siap dah soto ita.. haa... ekspress betulll... ^o^ Untuk air nenas pula, suami ita memang ada beli nenas 2 biji, ita pun buat air lah sebijik.. tinggal lagi sebijik emmmm... nak masak apa pulak dengan nenas yang sebijik ni.. ? Ok lah ita tak boleh sembang banyak bulan puasa ni.. sebab banyak sangat kerja ita yang menanti.. hihi nanti lepas raya dah free boleh sembang lama-lama ya.. Jom kita intai resepi ringkas ni.. ...

Soto Jawa

Gambar
Satu lagi juadah atau hidangan yang seringkali di sediakan pada musim perayaan ialah soto. Kalau di Johor ni.. soto memang cukup popular di majlis rumah terbuka. Ini adalah kerana penyediaannya yang mudah dan ringkas di samping ianya adalah makanan yang di sukai ramai. Ada yang menyukai soto nasi, soto mee halus atau mee kuning. Soto nasi impit biasanya di panggil soto. Jika menggunakan mee halus di panggil mee soto. Walau apapun yang di sediakan bersama kuah soto janji ada sambal kicap pasti enak dan membuka selera. Soto kalau di Indonesia adalah berbeza mengikut daerah dan tempat. Sebab tulah kita ada dengar soto Bandung, Soto Madura, soto Jowa dan lain-lain lagi. Hari ini ita kongsikan soto Jawa. Cuma cara menghidang ita tetap dengan cara Johor. Makan dengan begedil dan sambal kicap. Kalau ikut soto Jawa original ianya di makan bersama telur rebus, kentang dan soon. Tapi anak-anak ita tak biasa makan soto dengan telur, sebab tu ita kekalkan soto dengan hidangan Johor, cuma penyediaa...

Menu 1 Ramadhan 1437 H

Gambar
Alhamdulillah.... Sempurna sudah ibadah puasa kita untuk hari yang pertama. Ini baru hari yang pertama.. banyak lagi hari-hari yang harus kita lalui dengan sabar dan penuh keimanan. Bila kita bersembang tentang ibadah puasa, pasti tidak lengkap jika tidak berbicara tentang juadah berbuka puasa yang di sajikan untuk hidangan keluarga. Ialah kadang kala sebagai suri rumah.. pasti buntu memikirkan apalah juadah yang ingin di sajikan. Jika kita berkongsi.. pasti sedikit sebanyak dapat memberikan idea untuk rakan-rakan yang lain menyediakan hidangan untuk keluarga mereka juga. Bukankah memudahkan tugasan orang lain juga satu daripada badah. Kebiasannya kita sebagai ibu bapa banyak mengalah dengan anak-anak. Juadah yang terhidang kebiasannya adalah menu istimewa yang di sediakan sesuai citarasa anak-anak. Mak dan ayah tak kisah sangat.. apa sahaja juadah yang terhidang dah rasa bersyukur sangat.. namun lebih kepada rasa sayang dan simpati bila melihat anak-anak yang letih seharian berpuasa. ...