KEMATIAN SEORANG TABLIGH..
Kisah Benar dari Anak Seorang Tabligh. Bacalah kisah yang dicoretkan anak si mati ini. Agar kita dapat sesuatu yang bermanfaat dari kisahnya. ________________________ Kisah Anak Seorang Tabligh Bila kisah ini menyinggah di pandangan mataku...sejenak aku berfikir. Sejenak itu jua aku pantas menjadikan ia satu perkongsian untuk semua. Tidak kupasti siapakah penulis kisah ini, namun di alam maya ini, aku terpanggil untuk menjadikan ianya satu pengisian yang menarik. "Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup. Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian t...