Postingan

Menampilkan postingan dengan label KUIH-MUIH

Iftar 3 Ramadhan 2017

Gambar
Assalamualaikum Selamat berpuasa semua. hari ni ita kongsikan menu atau juadah berbuka puasa kami sekeluarga semalam.Ita macam biasa masak yang ringkas dan mudah. Apa yang pali utama di sukai oleh anak-anak dan suami. Memandangkan bulan puasa ni ita sedikit sibuk nak siapakan tempahan biskut raya, maka menu ita seringkas yang mungkin namun mengenyangkan. Ok ita pun tak boleh nak sembang banyak, nanti tak berasap pulak dapur petang ni. Jom kita intai terus menu yang mudah dan ringkas dari ita. KUE TEOW GORENG  Resepi oleh :  Dapur Tanpa Sempadan BAHAN-BAHANNYA  500 gram kue teow, cuci dan toskan 3 pokok sawi bok choy, asing tangkai dan daun, cuci, tos dan siang 2 biji telur, pukul sedikit 4 biji bawang merah, hiris 3 ulas bawang putih, cincang halus 1 keping fish cake, hiris 1/2 cawan isi udang Taugeh secukupnya 1 camca besar sos cili 2 camca besar kicap pekat Kicap cair secukupnya 1 kiub ayam maggi (optional) 3 camca besar cili kisar 5 biji cili padi, cincang halus (optio...

Kek Pisang Kukus Lembut dan Gebunya..

Gambar
Assalamualaikum Pasti anda sedang memikirkan apalah juadah atau kudapan yang ingin di sediakan untuk keluarga petang nanti. Apa kata anda sediakan kek pisang yang lembut dan gebu ni.. Kek pisang.. ita memang suka sangat makan kek pisang. Jika terdapat bermacam kek yang di hidangkan di hadapan mata, kek pisang lah yang menjadi pilihan utama ita. Bau pisang yang harum , di tambah dengan kelembutan kek yang lembab dan gebu.. itulah penarik utama mengapa ita lebih sukakan kek pisang. Hari ini ita sediakan kek pisang kukus pula untuk minum petang kami sekeluarga. Ita sediakan dalam cawan atau bekas kecil supaya mudah di hidangkan, tak perlu di potong dan juga comel bila di letakkan di atas meja kopi. Selain itu kek pisang yang di letakkan dalam bekas comel ni amat sesuai sebagai hidangan jamuan pejabat, kenduri kendara atau sebagai buah tangan ketika bertandang ke rumah jiran tetangga. Resepi yang di kongsikan oleh Yatie ini adalah hasil air tangan  Amydanis . Sedap tau kek pisang ni, l...

Apam Tembam Apam Kampung

Gambar
Pagi ni kita sarapan dengan apam kampung aje...  Apam orang dulu-dulu zaman tok nenek kita.. Apam lama yang mudah di sediakan.. main campak-campak aje.. tak ada sukatan yang tepat pun kalau orang dulu-dulu buat kuih.. tapi yang hairanya menjadi aje kan..? itulah berkat memasak dengan kasih sayang.. Insyaallah hasilnya pasti menjadi kesukaan anak-anak dan di ingati sampai bila-bila.. Berkat air tangan ibu gitu... Apam kampung ni.. adalah kuih kesukaan atuk ita. Selalu kalau duk rumah tok, mesti dia buat kuih apam ni.. senang kot buatnya.. makan pun kenyang. Tapi biasanya apam ni atuk ita kalau makan dengan kelapa dan ikan kering, atau di cicah dengan sambal tumis. Jadi dah menjadi kebiasaan bagi kami makan apam cicah sambal tumis macam makan roti.. Sebabnya apam ni agak mengkal sikit berbanding apam moden sekarang yang lebih lembut. Rasanya juga tidak manis sangat, jadi sesuailah kalau cicah dengan sambal, kari atau asam pedas. Memang makan sampai kenyang.. Kalau dah makan apam ni.....

Kasui Goyang

Gambar
Assalamualaikum.. Jika semalam kita dah menikmati keenakkan kuih koci yang lembut dan meleleh-leleh.. hari ini satu lagi resepi kuih tradisional yang menjadi kesukaan ita. Kuih yang banyak nolstagia dan kenangan ita bersama emak yang sangat ita sayangi. Kuih inilah yang emak buat jualan untuk sama-sama membantu meringankan beban bak yang pada masa itu pendapatan tak lah besar mana dan tanggungan pula ramai. Kuih inilah yang juga menjadi sarapan ita kesekolah setiap hari. Walaupun begitu ita tak pernah rasa jemu.. mungkin berkat air tangan seorang ibu yang masak dengan penuh kasih sayang. Ita berkesempatan untuk menimba ilmu kuih tradisi keluarga ini. Pelbagai tip dan petua yang emak kongsikan pada ita.. Beruntung ita dapat seorang ibu yang pandai memasak dan air tangan emak ita memang terbaik.. bukan ita saja nak puji tau! tapi memang keluarga sebelah bapa dan juga jiran tetangga semua sukakan air tangan emak. Ita pun suka.. sangat-sangat suka.. tapi bila dah berkeluarga ita seakan seg...

Kuih Koci Meleleh

Gambar
Assalamualaikum Hari tu.. semasa pulang ke Kota Bharu, ada lah adik ipar tanya kak ita tau tak buat kuih koci meleleh. Katanya kuih koci memeleh ni tengah hot di Kelantan. Ramai kawannya yang jual kuih koci meleleh katanya. Kuih koci ni kalau di Kota Bharu biasanya intinya kacang, jadi macam tak berapa best lah..  adik ipar ita ni pula , dia dah lama tinggal di JB jadi dah biasa makan kuih koci Johor yang intinya kelapa. Itu yang bila ada orang jual kuih koci ala Johor, dia tak lepaskan peluang.. dah lama benar mengidam nak makan kuih koci Johor katanya lagi.. . Selalu lah dia beli.. sedap katanya lembut , tak kenyal macam koci biasa tu.. dan meleleh-leleh santannya. Katanya lagi kuih koci tu warna kuning.. sedap sangat. OOOooo... kalau kuih koci yang warna kuning tu koci labu atau koci keledek oren. Kebiasannya kalau orang buat kuih koci menggunakan tepung pulut. Kalau yang putih tu tepung pulut aje lah.. kalau yang hitam tu di campurkan dengan pulut hitam. Jadi kuih kocinya liut-...

Keria Butterscotch

Gambar
Keria Gula Melaka adalah kuih atau manisan yang cukup popular kini. Hari-hari ianya lalu lalang di wall fb ita , boleh kata saban masa dan setiap ketika. Hingga ada yang mengambil peluang menjenamakan semula dan memberi nama keria montoks'. Ita memang dah biasa dengan keria gula Melaka kerana mak ita memang menyediakan keria gula Melaka untuk jualan sejak berzaman lagi. Ita pernah kongsikan resepi keria gula Melaka ni dari tahun 2010 lagi, seawal ita berblog di SINI . Tak sangka, setelah 6 tahun barulah ianya popular dan menjadi kesukaan ramai. Itu pun setelah popularnya keria antara bangsa yang popular di Melaka dan pernah keluar di Majalah 3. Kalau hari ini ramai rakan di fb yang teruja dengan keria gula Melaka, sebaliknya di Johor Bahru berlainan pula. Kami sedang angau dengan Keria Butterscotch. Sebenarnya ita terus tersuka dengan keria butterscotch ni bila pertama kali ita merasa. Memang sedap sangat! kebetulan ita memang peminat kuih keria. Ita boleh habiskan keria ni berketu...

Menu berbuka puasa 10 Ramadhan

Gambar
Assalamualaikum Maaflah juadah tertunggak. Menu ini ita sediakan pada hari ke 10 Ramadhan. Hari ni dah pun 12 Ramadhan kan... Semalam 11 Ramadhan ita terlalu sibuk sebab segala oder untuk Kuala Lumpur ita kena siapkan semalam untuk di hantar. Tu yang ita sibuk seharian hingga ita tak sempat nak masukkan post ni dan juga tak sempat nak sedikaan juadah berbuka semalam. Jadi makan kedai lah kita kan... Ok kita terus aje pada menu hidangan yang ita sajikan pada 10 Ramadhan. 10 Ramadhan ita sediakan nasi ganja. Pernah dengar nama nasi ganja? Macam pelik aje kan... tapi nasi ni tak lah memabukkan.. Mungkin namanya di beri kerana keenakkan nasi ini yang menuntut sesiapa yang memakannya menambah nasi berulang-ulang.. kira macam ketagih lah tu... Itu lah sebab di gelarkan nasi ganja. Nasi ini di katakan cukup popular di utara tanahair.. dan lebih terkenal di Perlis. Ada juga yang kata ianya popular di Perak. Tak kisah lah kan dari Perlis atau Perak, apa yang penting kita dapat merasa pelbagai m...