Postingan

Menampilkan postingan dengan label IKAN

Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Sawi Jeruk

Gambar
Hari ni ita masak mudah dan ringkas aje.. Biasalah orang Johor tak boleh lari dari asam pedas. Kali ni ita masak asam pedas kepala ikan merah bersama sawi jeruk asin. Terpulanglah kan nak letak sawi jeruk boleh.. tak letak pun tak apa. Tapi kalau asam pedas orang Johor, kebiasannya akan di letakkan sawi jeruk asin ni... baru lah kick! Sebenarnya memasak ni kita kenalah ikut selera keluarga dan anak tekak kita yang nak makan ni... Kalau ikut selera kawan-kawan alam maya.. banyak yang tak boleh dan tak kena.. ya tak? "mana ada masak macam tu... mana ada masak macam ni..." " mana boleh letak itu... mana boleh letak ini..." " eh! itu tak boleh makan...." " eh! mak kita masak tak macam tu pun.." " kalau kita masak macam ni... " " kalau kita tak bubuh yang tu... kita bubuh yang ni" " macam tu tak boleh.. macam ni tak kena.." Pening kepala nak layan kan..? Siapa nak makan sebenarnya ni... kita atau awak? Jadi fikir-fikirkan...

Asam Pedas Cili Api Lada Hitam

Gambar
Assalamualaikum, Hari ni ita masak yang mudah dan ringkas aje.. Bila nampak ada kepala ikan dalam peti ais, suami cadangkan ita buat asam pedas. Biasa kepala dan bahagian ekor ita buat gulai aje.. untuk bahagian isi ita suka goreng. Ita suka sangat ikan merah, isinya sedap!. bila di goreng, isinya rangup di luar dan lembut di dalam. Kepala anak-anak tak makan.. ita pun tak makan kepala sebenarnya, sebab tu ita suka buat gulai aje kepala ikan.. dari terbuang aje kan.. Resepi kali ini ita ambil dari dapur kak Umie. Lama dah dapur kak Umie sunyi sepi tanpa berita. Sejak kembali dari menunaikan haji, nampaknya kak Umie lebih banyak di fb. Blognya kian hari kian sepi tanpa berita dan menu menarik untuk tatapan peminat setia Home Sweet Home. Walauapapun yang kak Umie lakukan kini, kita doakan semoga kak Umie terus sihat dan senantiasa bahagia bersama suami dan anak-anak yang tersayang. Resepi asam pedas ni ada kelainan kerana selain menggunakan cili api ia juga menggunakan lada hitam. Wah! p...

Resepi Nasi Kerabu Kelantan yang sangat sedap!

Gambar
Assalamualaikum... Alhamdulillah bertemu lagi kita. Apa khabar semua rakan-rakan alam maya ita, semoga semuanya sihat-sihat selalu, senantiasa riang dan gembira. Diam-tak diam, kita semakin hapir dengan bulan Ramadhan, tak sepelaung kata orang.. Pejam celik.. pejam celik dah masuk Ramadhan. Pasti anda semua dah bersedia nak merebut segala pahala yang telah di janjikan. Selamat beramal dan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak ita ucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Lama jugak rasanya dapur maya ita ni tak berasap kan..? Ada yang dah rasa rindu ke? Ok lah.. kerana dah lama dapur tak berasap.. hari ini ita sajikan dengan satu menu istimewa dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Kalau sebut Nasi Kerabu, pasti semua dah terbang melayang-layang ke negeri yang popular dengan gelaran Serambi Mekah ni kan.. Nasi kerabu adalah menu yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan. Ia merupakan makanan yang sering di sajikan untuk sarapan pagi, makan tengahari, atau sebagai hidangan keramaian....

Asam Pedas Melaka Asli

Gambar
Assalamualaikum.. Lama kita tak main masak-masak kan.. asyik deco-deco aje.. Ramai yang dah mula merungut nampaknya .. Bilalah dapur Masam Manis nak berasap semula ^_^ Sebenarnya bukan tak nak kongsi resepi lagi.. tapi kadang apa yang di masak pernah di kongsi sebelum ini. Kekangan masa dan kesibukkan yang tidak berpenghujung membantutkan lagi hasrat untuk berkongsi resepi dengan rakan-rakan yang ita sayangi ini. Ok lah sebagai tidak menghampakan.. dan juga permulaan.. kata orang nak start enjin tu.. kita panas-panaskan dulu dengan asam pedas Melaka Asli power meletup ni..! Memang power dan memang meletup! panas berasap telinga di buatnya. Tak taulah mungkin cili yang ita guna kali ni pedas sangat barangkali. Itu ita tak letak cili api sebagaimana yang di kongsikan tuan empunya resepi ni.. kalau letak tak tahulah gamaknya.. ada tercabut terus telinga ni.. Bagi yang nak cuba resepi ni.. bolehlah kurangkan cili kering tu.. bagi yang tak suka pedas berasap ya.. jangan letak cili padi dan ...