Postingan

Menampilkan postingan dengan label Sambal Goreng Tempe Kacang Ikan Bilis Mudah.

KESIAN PULAK... Meh lah Nabilah.. Mama Buatkan..

Gambar
Assalamualaikum kekawan... Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua.. Pada ahad minggu sudah.. saya menghantar Nabilah balik ke madrasah.. dalam kereta masa nak sampai tu Nabilah minta RM11.00 .. saya kata tanya "bayar  apa ?.". "kakak ada pesan dengan kawan kakak sambal goreng tempe kacang ikan bilis mak cik dia buat.. kan akak cakap dgn mama masa mama telefon itu hari" jawab Nabilah.. Aduhai terlupa pulak saya ada kata boleh beli. Selepas tu masa saya jemput hari Jumaat baru ni.. dia pulangkan semula duit tu.. "kenapa ?"saya tanya.. "mak cik dia tak buat sebab ada hal di kampung, so mak cik dia kena balik kampung"jawab Nabilah.. Kesian pulak mendengar cerita dia tu.. Jadi hari ahad tu, masa pergi pasar tu saya belikan tempe satu ikat, kacang dan ikan bilis dah ada kat rumah tu.. Jadi balik dari pasar tu.. mulalah saya bersilat kat dapur , nak masak makan tengahari sekali tu.. Semasa saya masak sambal goren...