Postingan

Menampilkan postingan dengan label resepi dalam pantan berkhatan.

SUP AYAM KAMPUNG by NOXXA .. untuk Nabil berpantang khatan.. ^__^

Gambar
Salam petang yg ceria kekawan :) Balik dari program berkhatan Nabil tu, saya terus ke dapur utk memasak makan tengahari tu, sebelum keluar pergi program tu saya dah keluarkan ayam dari petiais dan letak di singki. Balik tentu ayam tu dah lembut dan tinggal cuci lebih kurang sebab saya dah cuci sebelum menyimpan tu. Memang dah rancang menu Sup Ayam Kampung ni utk Nabil dan yg kami ni saya masak sambal tumis ikan bilis, sayur kangkung goreng belacan dan asam pedas ikan parang. Sudah tentu saya menggunakan periuk noxxa ni dengan jayanya.. Ayam kampung kan kena masak lama untuk empok, dengan menggunakan noxxa ni 25 minit dah siap. Si Nabil pulak dah kelaparan sebab masa disana dia makan sikit sahaja. Mungkin tak berselera masa tu, Memikirkan nak berkhatan tu kot.. ehe ~__^ Bertambah-tambah nabil makan sup ayam tu, tambahan disuap oleh mamanya.. Jom intai resepi masak sup ayam kampung guna noxxa ni.. kalau guna ayam biasa tu cuma 15 minit dgn noxxa ni.. RESEPI SUP AYAM KAMPUNG  Bahannya...