Postingan

Menampilkan postingan dengan label Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

MALAM NISFU SYAABAN & KELEBIHAN BERGANDA TAHUN 1438H

Gambar
Salam petang yang ceria kekawan :) InsyaAllah malam ini kita akan tiba malam nisfu syaaban.. semoga kita dpt menafaatkan malam yang penuh keberkatan ini..  Selamat beramal.. * MALAM NISFU SAABAN & KELEBIHAN YANG BERGANDA TAHUN 1438 Maghrib 11.5.2017 bersamaan Khamis malam Jumaat ini akan masuklah 15 Syaaban 1438H iaitu Malam Nisfu Syaaban. Disunat  menghidupkan malam ini seperti dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan istighfar, berzikir dan membaca Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat. Apabila melepasi tengah malam maka bangunlah (qiam) untuk menunaikan ibadah-ibadah sunat seperti Sunat Tasbih, Sunat Tahajjud, Sunat Taubat, Sunat Hajat, Sunat Syukur dan lain-lain ibadah seperti membaca al-Quran dan berzikir serta disudahi dengan Sunat Witir. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah tu...