AKTIVITI BERPANTANG KHATAN NABIL DGN MEMBINA LEGO
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi jua hendaknya.. Hari ahad tu semasa nak pergi pasar Nabil pesan suruh beli permainan lego tu.. Beli pun dengan duitnya sendiri, sedekah sanak saudara yg datang menziarah. Pada mulanya nabil suruh beli kapal perang tapi dah habis, jumpa pula Fire Rescue ini. En suami kata elok beli yg ini sebab ada Lori dan Bot tu.. banyak sikit nak dibuatnya. Saya masukan alat-alat lego yg kecil tu didalam bekas plastik ini supaya tak hilang. Kalau hilang satu, tak jadilah nanti legonya tu. Dia dah siap cantumkan patung-patung orang tu.. sebab senang katanya. Sudah siap bot resque ini.. buat bot ni dibantu oleh kakak Nabilah pada hari ahad tu, petang tu dah siap. Semangat lah nak bermain benda ni.. Kemudian pada hari Isnin , dia buat Lori resque ini bersama kak Najeeha pulak.. budak berdua ni buat kerja bising, kekadang bergaduh sesama sendiri, bila ada yg salah pasang atau tak lekat lego tu. Akhirnya petang tu siap juga lori tu...