Postingan

Menampilkan postingan dengan label UCAPAN SALAM

Aku masih seorang blogger....

Gambar
Assalamualaikum Lama rasanya  ita tak jengah blog kesayangan  ita ni. Kesibukkan yang tiada penghujung dan masa yang cukup-cukup terbatas membuatkan blog ini menjadi sunyi sepi tanpa berita. Terima kasih kepada kakak-kakak, adik-adik, anak-anak, rakan-rakan dan follower  ita yang tak pernah jemu mengunjungi blog picisan ini dan sentiasa mencuba resepi yang telah ita kongsikan. Alhamdulillah, pejam-celik, pejam celik dah hampir tujuh tahun  ita menerajui Masam Manis. Dari blog hingusan yang tak pernah di pandang, bertatih dan menapak, hingga kini  ita berasa sangat bersyukur dan bangga dengan blog yang cukup sabar menagkis setiap cabaran dan dugaan yang datang silih berganti. Sebenarnya , hari ini ita terpanggil untuk bercerita sedikit pengalaman  ita sepanjang  ita bergelar seorang blogger, dari mula menggunakan camera compak hingga kini menggunakan camera DSLR, dari seorang suri rumah, tukang masak untuk keluarga, berjinak-jinak dengan dunia bakery da...

Salam Ramadhan Al Mubarak 1437 Hijrah

Gambar
Assalamualaikum.. dan salam Ramadhan Al Mubarak  kepada semua umat Islam di mana sahaja anda berada... terutamanya kepada para sahabat alam maya, kenalan lama dan baru, kepada saudara jauh dekat dan sahabat handai, yang terutamnya kepada kedua ibu dan bapa yang tersayang.   Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia..  semoga kita dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna dan mendapat keredaanNya.   Ampun dan maaf jua di pinta andai lidah ini ada terkasar bahasa..  andai ada tulisan yang mengores jiwa..  andai ada bahasa tubuh yang ternoda..  kemaafan jua yang ku pinta..   sesungguhnya insan kerdil ini tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Semoga Ramadhan membawa sinar bahagia dan penghapus dosa kita semua.... Selamat menjalani ibadah puasa