Postingan

Menampilkan postingan dengan label CUCUR

Juadah berbuka puasa 9 Ramadhan

Gambar
Assalamualaikum Selamat pagi semua dan selamat menjalani ibadah puasa. Dalam diam tak diam kita sudah pun dapat melalui 9 hari berpuasa. Macam mana? pasti dah mula terbiasa dengan rutin seharian. Pasti semakin hari semakin istiqamah dalam melakukan ibadah. Alhamdulillah.... semoga kita semua dapat melalui Ramadhan ini dengan sabar hingga ke penghujungnya.. Semakin hari ita semakin sibuk... Semakin menghampiri raya lagi lah sibuk.. Segala tempahan perlu di siapkan dengan kadar segera. Bukan itu sahaja.. ita juga kena pastikan seminggu sebelum raya semua tempahan sudah pun di hantar kepada customer. Ini memandangkan kami sekeluarga akan pulang berhari raya di kampung. Kalau tidak... pagi raya baru bertolak.. adoiiii.... Di sebabkan ita semakin sibuk, ita tak boleh nak sembang banyak-banyak.. Kita terus sahaja kepada juadah yang ita sedikan untuk keluarga pada iftar 9 Ramadhan. Resepi semua yang simple-simple.. Anak-anak request nak makan tom yum. Bila masak tom yum kenalah ita masak nasi...