CAPATI KARI AYAM & SAMBAL SARDIN.. narlekkkkk sedap memintal ~___^
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya :) Adoiiii menangis lah mamak kat restoren tu bila saya dah tahu buat capati hahhaha :D Ini gara-gara pergi membeli-belah di Kedai Az Zain Seksyen 15 Shah Alam tu, siapa duduk Shah Alam tahulah kedai yg membekal makanan halal dan makanan dari timur tengah tu.. Kak Nabilah ternampak lah tepung Atta buat capati tu.. bersemangatlah dia nak mencuba.. Jadi hari sabtu 3 minggu yg sudah rasanya.. hihihi nampak sangat lama gambar duduk dalam draf .. barulah nak buat entri.. ok lah kita cerita je lah kan.. Oleh kerana Chef Nabilah ni yg bersemangat nak jadi menantu Shahrukh Khan hihihi , dia lah beriya-iya sangat menguli capati pagi tu bersama pembantu dua orang tu.. rupanya senang sangat nak buat capati ni kekawan.. tapi kat kedai RM2 sekeping kan.. mungkin tepung atta ni yg mahal kot.. tak juga kot sebab saya beli RM4/kilo satu peket tu.. Saya ambil cara nak buat capati tu ...