Postingan

Menampilkan postingan dengan label MAKANAN LAUT

Mee Udang Kuala Sepetang

Gambar
Menjadi seorang blogger masakan  berlansung sebagai suri rumah tangga, adakalanya menjadi terlalu sukar untuk menyediakan hidangan masakkan. Adakah perlu memenuhi keinginan setiap pembaca blog atau memilih selera keluarga sebagai keutamaan ? Ita lebih mengutamakan selera keluarga , kerana kami juga yang bakal menghabiskan setiap hidangan yang di masak. Sudah tentulah selera anak-anak dan suami yang menjadi keutamaan ita. Ada kalanya ita cuba juga penuhi setiap permintaan follower Masam Manis, namu pastilah ianya juga selari dengan kehendak kami sekeluarga. Hari ini ita sediakan mee udang untuk santapan kami sekeluarga. Sebagaimana yang pernah ita beritahu sebelum ini, anak-anak ita lebih mengemari makanan yang berkuah, contohnya mee, soto, atau apa-apa hidangan yang mudah dan ringkas. Kebetulan anak ita Azrul masih bercuti semester, jadi kepulangan Azrul membuatkan ita seronok nak masak kerana Azrul pencinta makanan. Apa sahaja yang di masak oleh ita , cukup berselera di nikmati. B...

Kari Udang Mamak Style

Gambar
Restoran Mamak dan rakyat malaysia memang tak dapat di pisahkan. Rata-rata ramai yang suka lepak dekat mamak. Kalau nak jumpa member pun cari port kat mamak jugak. Banyak sebab yang menarik mereka ke mamak sebenarnya. Selain makanan di restoran mamak yang jauh lebih murah dari restoran makanan yang lain, layanan juga first class tau! kalau kat JB ni kalau kita sampai di restoran mamak , masa tu hujan , dia siap jemput kita dengan payung.. wah... best kan... ala-ala.. princess gitu... tu yang ramai suka ke mamak tu... Selain itu juga, makanan yang di sediakan juga cepat dan ringkas, bersama lain-lain kemudahan seperti peti TV yang besar bersama internet percuma.. siapa yang nak tolak kan... tu yang kalau dah lepak mamak dengan member tak ingat nak balik.. sambil layan roti kosong dan teh tarik , boleh dapat tonton bola percuma. Mamak ni kalau ita lah suka rasa karinya, tapi ita lebih suka kari ikan berbanding kari yang lain.. Rasa kari mamak agak berlainan dengan kari yang kita sediakan...

Juadah berbuka puasa 9 Ramadhan

Gambar
Assalamualaikum Selamat pagi semua dan selamat menjalani ibadah puasa. Dalam diam tak diam kita sudah pun dapat melalui 9 hari berpuasa. Macam mana? pasti dah mula terbiasa dengan rutin seharian. Pasti semakin hari semakin istiqamah dalam melakukan ibadah. Alhamdulillah.... semoga kita semua dapat melalui Ramadhan ini dengan sabar hingga ke penghujungnya.. Semakin hari ita semakin sibuk... Semakin menghampiri raya lagi lah sibuk.. Segala tempahan perlu di siapkan dengan kadar segera. Bukan itu sahaja.. ita juga kena pastikan seminggu sebelum raya semua tempahan sudah pun di hantar kepada customer. Ini memandangkan kami sekeluarga akan pulang berhari raya di kampung. Kalau tidak... pagi raya baru bertolak.. adoiiii.... Di sebabkan ita semakin sibuk, ita tak boleh nak sembang banyak-banyak.. Kita terus sahaja kepada juadah yang ita sedikan untuk keluarga pada iftar 9 Ramadhan. Resepi semua yang simple-simple.. Anak-anak request nak makan tom yum. Bila masak tom yum kenalah ita masak nasi...

Mee Ketam sedapnya..

Gambar
Assalamualaikum.. Esok umat Islam akan mula berpuasa. Pasti kaum keluarga dah mula berkumpul untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah ini. Alhamdulillah, tahun ini kami dapat berkumpul bersama bagi menyambut kedatangan bulan yang mulia ini. Bila dah berkumpul pasti emak yang paling sibuk. Macam-macam menu dah mula di senaraikan untuk menjamu keluarga. Sama seperti yang lain, hari ini ita sediakan menu istimewa untuk keluarga. Anak-anak ita macam biasalah sukakan mee yang berkuah. Oleh itu ita sediakan mee ketam. Resepi ini ita ambil dari blog Nieza. Lama tak dengar khabar berita dari Nieza. Sejak pulang ke tanah air Nieza terus menyepikan diri dari dunia blog. Semoga Nieza senantiasa sihat dan gembira dengan apa yang beliau ceburi. Berbalik pada resepi mee ketam ni.. rasanya memang sangat sedap! buatnya pun mudah dan ringkas. Kalau ada yang nak buat untuk hidangan berbuka puasa pun sesuai sangat ni. Resepinya tak pedas, bagi yang suka pedas bolelah lebihkan cili. Ita pula tu...

RAIKAN CINTA DAN JEJALAN PANTAI REMIS

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua.. Pada cuti yg lalu saya hanya memenuhi jemputan undangan perkahwinan, bermula hari khamis tu pergi kenduri anak kawan sekolah.. satu persatu kekawan sekolah terima menantu.. Tahniah Fatonah .. semoga perkahwinan anak kekal bahagia hingga ke jannah.. menu utama adalah kambing bakar.. dah lah Fatonah ni taukeh lembu dan kambing lagi lah meriah lauk pauknya.. Fatonah ni dapat pengiktirafan Penternak Berjaya Kebangsaan pada tahun lepas. Lepas balik dari kenduri tu singgah di Pantai Remis Kuala Selangor tu.. memang masa lalu nak pergi kenduri tu dah plan.. nanti singgah.. dah meriah sungguh Pantai Remis ni.. lama saya tak kesini.. byk aktiviti yg ada.. memancing pun ramai.. menjala pun ada.. budak2 ni main di gigi air aje.. laut ni tak berapa sesuai utk mandi manda sebab berlumpur.. Nabil tu dah geram jer tengok air tu.. maklumlah tahun ni kami tak bercuti ke mana pun.. kesian pun ada ...