Postingan

Orange Coktail

Gambar
Hari ini ita nak kongsikan satu lagi minuman yang enak, segar dan nyaman dan pasti di sukai ramai. Minuman orange coktail ini bukan sahaja sesuai untuk di sediakan sebagai pembasah tekak di bulan Ramadhan, malahan ianya amat sesuai untuk di hidangkan pada tetamu di Hari Raya nanti. Bukan itu aje.. ianya sesuai untuk di sajikan pada jamuan rumah terbuka, majlis kenduri-kendara atau jamuan ringan di pejabat atau di rumah. Minuman yang sangat mudah di sediakan, cepat dan ringkas dan rasanya cukup segar dan nyaman. Ita selalu sediakan minuman ni bila ita buat jamuan ringkas di rumah. Ianya bukan sahaja minuman malahan boleh ita katakan sebagai dessert yang ringan untuk tetamu. Selain buah-buahan coktail anada juga boleh letakkan jelly dalam minuman ni. Sediakan jelly kjosong atau jelly oren, dadu kecil atau parut halus, letak dalam minuman ni.. pasti terasa liut-liut bila di nikmati. Ita tau pasti ramai yang dah tak sabar kan.. nak tahu resepinya. Jom ita kongsikan ORANGE COKTAIL Orange Su

Ulangi Setiap Hari 6 PERKATAAN .. bagi 10 Malam Terakhir ini..

Gambar
Assalamualaikum kekawan.. Semoga kita beroleh rahmat Allah dibulan ramadan yg mulia dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya. Dah 21 hari kita berpuasa.. semoga kita beroleh maghfirah dari Allah di sepuluh malam terakhir ini.. serta sampai ke penghujung dengan kemenangan.. InsyaAllah.. *6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir* اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي *1. Allahumma* *2. Innaka* *3. 'Afuwwun* *4. Tuhibbul* *5. 'Afwa* *6. Fa'fu 'Anni* *Yang bermaksud:* *"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."* *Doa ini diberikan oleh Nabi Muhammad saw kepada isteri baginda Siti Aisyah melalui kisah berikut:* *Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulillah, keluarga dan para sahabatnya.* *Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatu

Nasi Jagung Istimewa

Gambar
Semalam sempat ita sediakan set menu Nasi Jagung untuk berbuka puasa bersama keluarga. Pada yang tengok ig ita azlitaaziz mungkin ada perasan video yang ita uplode semalam. Ramai yang minta ita kongsikan resepi nasi jagung ni. Nasi jagung ni ita sediakan bersama lauk kerutup ayam dan acar mentah. Ita menggunakan beras basmathi dalam penyediaan nasi jagung ita. Sedap tau! nasi jagung istimewa ni.. lain sikit dari resepi nasi jagung yang biasa ita buat tu. Resepi ni ita ambil dari Chef Zaidah Mohd Noor , chef hebat yang sangat ita kagumi. Resepi ni di kongsikan dalam buku masakan beliau Citarasa Malaysia. Terdapat lebig 1000 himpunan  resepi dalam buku tersebut dan ita dah pun mencuba beberapa resepi.. semua sedap! Untuk lauk kerutup ayam ita menggunakan resepi Cikgu Wan, memang sedap dan serasi gandingan antara nasi jagung dan kerutup ayam ni. Berselera kami sekeluarga menjamu selera. Jom lah kita intai resepi nasi Jagung Istimewa ni.. NASI JAGUNG ISTIMEWA Resepi Oleh : Chef Zaidah Mohd

Air mata Kucing Gula Batu

Gambar
Assalamualaikum.. Minuman buka puasa yang sempat di sediakan semalam. Ita sediakan air mata kucing gula batu. Bila kata gula batu.. tidaklah ita menggunakan gula pasir. Menggunakan gula batu dan gula Melaka. jadi semunya batu-batu semuanya.. Air mata kucing bila di masak menggunakan gula batu.. rasanya lebih sedap dan enak. Ita tambahkan gula Melaka supaya air ita sedikit bewarna keemasan. kalau tak dia tak lah kuning keemasan.. agak jernih sikit sebab mata kucing yang ita gunakan ni agak golden brown sikit.. jadi bila di masak dia tak mengeluarkan warna. So.. ita tambah gula Melaka.. lagi sedap dan umph! tau.. Cara membuatnya cukup mudah. kalau nak buat tu.. kenalah rebus awal-awal.. dah boleh rebus dari sekarang sebab nanti bila petang dah sejuk.. tinggal letak ais aje.. segar dan dingin sekali.. AIR MATA KUCING GULA BATU 1 gengam mata kucing kering ~ cuci bersih air secukupnya untuk merebus Gula batu secukupnya ~ ikut sesuai kemanisan 1 ketul gula Melaka 1 helai daun  pandan ~ di si

JOM REBUT MALAM 10 TERAKHIR RAMADHAN.😍📖📈🌒⭐

💡Tips menjelang 10 malam terakhir Ramadhan Oleh  Sheikh Tawfique Chowdhury 💡 1. Mulailah dengan *niat yang bersih  dan tulus* Jika sampai hari ini ibadah terasa belum maksimal, bersiaplah untuk *memaksimalkannya*. *Jika kau benar2 ingin memperbaikinya, masih ada waktu!* 2. Hari ini, *bacalah tafsir surat AlQadr*, dan *pahami* apa yg sesungguhnya terjadi pada malam laylatul qadr. Kau akan merasakan *keagungan dan kekuatannya* in syaa Allaah. 3. *Jangan menunggu hingga malam ke 27* untuk mengerahkan segalanya.  *Seluruh malam dari 10 malam terakhir seharusnya jadi targetmu*. *Bangunlah setiap malamnya. Jangan sampai laylatul qadr terlewati begitu saja*. 4. Ikutilah sunnah nabi shalallaahu 'alayhi wasallam. Tuntunan beliau adalah : *"barangsiapa yang berjaga (tdk tidur) dan berdoa pada malam laylatul qadr dengan iman dan pengharapan akan ganjarannya, dosa2nya yang telah lalu akan diampuni."* 5. Hafalkan doa malam laylatul qadr yang diajarkan Rasulullaah shalallaahu 'al

Lontong Ramadhan

Gambar
Alhamdulillah .. Kita sudah semakin hapir ke penghujung Ramadhan. Semakin sibuk menyiapkan persiapan untuk menyambut kedatangan Syawal pula. Pasti ada yang dah mula membuat biskut raya, ada yang dah mula nak siapakan langsir baru nak siapkan baju raya.. ada juga yang sibuk mengecat rumah. maklumlah raya setahun sekali dan pada hari raya inilah kita nak meraikan tetamu. Tetamu pun masa raya lah baru datang rumah.. kalau tak masing-masing semua sibuk dengan urusan masing-masing.. Hari Rayalah yang merapatkan hubungan kekeluargaan dan silatulrahim.. yang jauh pulang ke kampung berhari raya.. pasti banyak persiapan di sediakan untuk di bawa pulang ke kampung. Tapi ingat janganlah pulang berlenggang aje.. bawaklah buah tangan untuk ibu dan ayah tersayang.. setahun sekali kan.... Ita macam ni lah.. masih belum berkesempatan nak buat biskut raya sendiri.. masih lagi menyiapkan tempahan dari rakan-rakan.. Insyaallah minggu depan baru lah mula nak buat biskut dan kek sikit untuk rumah sendiri..

WW:: TIPS MINUM AIR 8 GELAS DI BULAN RAMADHAN

Gambar