PECUTAN AWAL UPSR - B. MELAYU & B.INGGERIS... mama pulak yg serammmm ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya..

Pada 17hb Januari 2016 , sekali saya dan Najeeha berpagian keluar untuk seminar Pecutan Awal UPSR bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula. Kalau tak ikut ketinggalan pulak anak saya ni. Zaman sekarang ini kalau tak ikut sama pengedaran zaman , ketinggalan kita. Dah tahun ini UPSR 2016 mengikut format baru. 

Bagi sekolah kebangsaan telah diberi soalan diagnostic untuk UPSR 2016 ini, untuk membuat kajian sama ada anak2 boleh menjawabnya. Jadi Najeeha menjawab soalan diagnostic ni di seminar tu, sebab najeeha sekolah persendirian.. Diatas tu untuk soalan Bahasa Melayu bagi kertas 1 untuk pemahaman dan kertas 2 untuk penulisan..


Ini pula soalan diagnostic untuk Bahasa Inggeris, tahun ni dah jadi dua kertas, Kertas 1 untuk pemahaman dan Kertas 2 untuk penulisan. Dibuat sama seperti kertas Bahasa Melayu, cabaran untuk anak2 UPSR tahun ini.

Ini pula sesi penerangan pada ibubapa, gambar blur sikit sebab lampu di tutup utk pancarkan slide dari guru tu..


Bila diterangkan oleh guru tu, ramai ibubapa yg menjadi seram *__*

Saya ni lagi seram .. emak dah 40 series +++ ni lagi lah tak tahu nak mengajar anak ni.. Dulu saya ambil PENILAIAN DARJAH 5 pada tahun 1980 dah 36 tahun berlalu.. sesiapa yg lahir tahun seangkatan tahu lah kan.. semua soalan objektif sebanyak 50 soalan.. Masa tu ada kertas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kira-Kira/Ilmu Hisab(Matematik sekarang ni), Sains Dan Ilmu Alam (Geografi sekarang ni). Darjah enam tak ada peperiksaan besar, masa tu lebih pada kokurikulam kata orang sekarang, main bola jaring, kiranya banyak bersukan jer lah darjah enam tu..

Keputusan Penilaian Darjah 5 tu keluar pada tahun hadapannya.. jadi masa tu saya cuma dapat 2A dan 3B.. yg A tu percaya tak Sains dan Bahasa Melayu.. Jadi saya pernah ditawarkan ke MRSM.
Ingat lagi masa tu hanya 6 orang ajer yg dapat tawaran ini.. jadi kena duduk peperiksaan lagi untuk masuk MRSM ni.. peperiksaan diadakan di Sekolah Rendah Aminudin Baki di Kuala Lumpur. Pagi selepas subuh saya dan arwah abah dengan menaiki motor pergi ke sekolah tu. Sampai sana saya punya lah menggigil kesejukan + ketakutan hahaha.. dalam 6 orang tu, 2 orang aje yg berjaya memasuki MRSM tu.. saya dan 3 kawan saya tu tak berjaya  huhuhu :(

Ehhhh meh sambung cerita balik.. jauh melancung.. melencung saya ni:) 
Diakhir program tu, seperti biasalah dapat lah sijil penyertaan ini..
Semoga Najeeha menjadi Permata Genius untuk UPSR 2016.
Mama hanya mampu mendoakan dan memberi Najeeha tuisyen untuk membantu najeeha menghadapi UPSR ini, usaha Najeeha itu yg perlu utk mencapai kejayaan.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Salam Maulidur Rasul ... Jom Telusuri Biodata Kekasih Kita S.A.W

Sambal Tauhu Masam Manis

Jom bersihkan peti sejuk