Postingan

Menampilkan postingan dari Februari, 2016

Kelas 27 Feb yang haru biru...

Gambar
Assalamualaikum Bertemu kita lagi sekali bersama kak ita dalam kelas deco Korean Flower Buttercream Modul 1. Kelas yang berlansung pada 27 Feb, dan masih lagi di Starhill Golf And Country Club. Kelas yang agak kelang kabut, dengan kak ita yang tak berapa sihat.. masih lagi batuk-batuk.. boleh pulak hari tu suara tak keluar terus. Aduyaiiii... kesian pada pelajar-pelajar, maaf sangat-sangat ya.. sebab suara anugerah Allah, bila dia tak nak keluar memang tak  boleh nak di jangkakan. Sebenarnya ita jarang pulak hilang suara. Entah macam mana demam ita kali ini agak teruk jugak.. batuk yang masih tak hilang-hilang dah nak hampir sebulan.. dan suara pun makin hilang.. harap-harap cepatlah ita dapatkan semula suara ita yang hilang ini.. Kelas kali ini berjalan sangat perlahan. Rata-rata ramai pelajar yang tidak pernah lansung deco kek, hingga ada yang tak pernah lansung bermain dengan buttercream dan tak pernah pegang pun piping bag. Ianya adalah satu cabaran yang agak besar bagi ita.. tamba

Kelas yang penuh surprise...!

Gambar
Pasti ramai yang dok tertanya-tanya kelas ita pada 21 hb Feb 2016. Amboiii... lama terperap gambar kelas kali ini.. sorry sangat-sangat ya..  Sebenarnya kak ita tak berapa sihat. Dengan batuk, selsema, demam dan sakit kepala.. memang malas nak mengadap komputer lama-lama. Lagi pula kak ita juga agak sibuk minggu ini dengan tempahan kek. Tu yang tak cukup masa nak mengadap komputer ni.. Kelas yang penuh surprise..! kelas kali ini cukup mengujakan kerana ada kumbang nan seekor.. Kumbang bukan sembarang kumbang tau! ini bukan calang-calang selebriti.. seorang yang berbakat besar dan sangat di kagumi ramai.. Bertuah ita bila dapat berjumpa dengan tuan empunya kek yang sedang hangat di perkatakan.. Beliaulah pembuat kek celebriti dan kalau nak tahu kek Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam adalah sentuhan daripada beliau sendiri. Kalau ita sebut  Laura Daddys  pasti ramai yang sudah tidak asing lagi dengan jenama itu. Dengan sentuhan emas pendeconya.. kek yang terhasil cukup gah dan indah sekali