Kelas yang penuh surprise...!
Pasti ramai yang dok tertanya-tanya kelas ita pada 21 hb Feb 2016. Amboiii... lama terperap gambar kelas kali ini.. sorry sangat-sangat ya.. Sebenarnya kak ita tak berapa sihat. Dengan batuk, selsema, demam dan sakit kepala.. memang malas nak mengadap komputer lama-lama. Lagi pula kak ita juga agak sibuk minggu ini dengan tempahan kek. Tu yang tak cukup masa nak mengadap komputer ni..
Kelas yang penuh surprise..! kelas kali ini cukup mengujakan kerana ada kumbang nan seekor.. Kumbang bukan sembarang kumbang tau! ini bukan calang-calang selebriti.. seorang yang berbakat besar dan sangat di kagumi ramai.. Bertuah ita bila dapat berjumpa dengan tuan empunya kek yang sedang hangat di perkatakan.. Beliaulah pembuat kek celebriti dan kalau nak tahu kek Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam adalah sentuhan daripada beliau sendiri. Kalau ita sebut Laura Daddys pasti ramai yang sudah tidak asing lagi dengan jenama itu. Dengan sentuhan emas pendeconya.. kek yang terhasil cukup gah dan indah sekali di pandang. Beliaulah Chef Harry Aberhim.
Gambar di atas semua ita ambil dari fb Laura Daddy. Kalau tak silap ita Laura Daddy juga ada cafe tau! dan kalau tak silap ita juga Chef Harry Aberhim juga adalah salah seorang juri jemputan dalam rancangan Master Chef musim yang ke 2.
Pada mulanya ita memang tak tahu lansung yang pelajar ita ni seorang chef. Pandai sungguh chef sembunyikan identitinya. Padanlah puas tanya nama tak nak bagi tahu hingga bila pa ita kata nak bubuh nama kat tag nama barulah isteri beliau berikan nama. Tapi ita tak perasan lagi.. hinggalah habis kelas.. sewaktu ita merakamkan gambar barulah beliau beritahu beliaulah yang membuat kek untuk Shaheizy Sam.. wah!.. menjerit ita.. tak sangka.. terkedu sekejap.. Sewaktu ita melihat gambar kek Shaheizy Sam , ita tertanya juga siapalah yang mendeco cake yang cantik ni.. sambil berangan-rangan bilalah ita dapat buat kek segah itu.. rupanya kini tuan empunya kek berada di hadapan mata.. Ya Allah.. mujur ita tahu bila dah habis kelas.. kalau tak pasti ita terkedu sepanjang kelas.. silap hari bulan Chef yang kena mengajar hari tu.. ^_^
Terima kasih Chef kerana sudi datang kelas akak. Walaupun anak chef tak berapa sihat dan berada di hospital. Pada mulanya Chef akan datang bersama isterinya.. tapi atas faktor kesihatan anaknya yang sakit , isteri beliau tidak dapat hadir. Akak doakan semoga anak chef segera sembuh, dan sampaikan salam buat isteri tercinta. Tak sabar nak lihat hasil projek Chef lepas ni..
Satu lagi surprise ita hari tu.. ita jumpa pelanduk 2 serupa tau! saling tak tumpah.. rupanya.. cara dia bertutur.. gelak tawanya dan senyumannya.. memang seiras benar.. Ita pernah dengarlah orang kata.. kita ni ada 6 orang yang seiras dengan kita.. kalau seiras rupa pada ita dah biasa sangat.. tapi ini dengan gerak tubuh.. memang sama benar.. Sama wajahnya saling tak tumpah dengan cikgu yang mengajar anak-anak ita.. Cikgu tu.. dia kawan baik adik ipar ita.. sangat baik orangnya.. hingga ita mengenali seluruh ahli keluarganya.. tak sangka boleh pulak serupa.. ^_^
Pelajar ita kali ini ada yang datang dari Perak, Kuala Lumpur, dari Muar, Batu Pahat, Pontian Kluang, dan sekitar Johor. Ada seorang pelajar berasal dari Medan Indonesia dan kini menetap di Muar Johor mengikut suami yang bertugas di Malaysia.
Semuanya peramah-peramah belaka.. dan membuatkan kelas berjalan dengan cukup lancar. Mereka sangat tekun dan cukup berhati-hati.. Kelas juga siap agak awal daripada biasa. Tapi seperti biasa kelas sering tertanggu kerana keadaan kesihatan ita yang tak beberapa memuaskan. Batuk ni.. masih tak hilang-hilang.. Maaf sangat-sangat pada adik-adik akak yang sabar menunggu bila kak ita batuk.
Seperti biasa kelas masih lagi berlansung di Starhill Golf and Country Club. Hidangan kita hari ini di hidangkan dengan sandwich dan sausage sebagai pengalas perut di awal pagi bersama tea dan kopi. Makan tengahari pula di hidangkan nasi bersama chicken BBQ Thai Sauce, Siew Pak Choy Oyster garlice sauce dan deep fried fish, bersama minuman kordial sebagai penghilang dahaga. Pencuci mulut kita untuk hari itu ialah puding cream caramel . Terima kasih kepada pihak Starhil atas menu hidangan dan layanan yang cukup memuaskan.
Jom kita intai pula hasil tugasan pelajar hari itu...
Zuraidah dari Pontian
Julia asal Medan dan kini menetap di Muar mengikut suami
Sarina dari Kluang
Fazilah dari Batu Pahat
Salizan dari Johor Bahru
Mariem dari Johor
Lina dari Perak
Chef Herry Aberhim dari Kuala Lumpur
Syahirah dari Johor
Sekali lagi, ita merakamkan setinggi -tinggi ucapan terima kasih yang tak tehingga di atas kesudian mereka untuk hadir ke kelas ita. Minta ampun dan maaf atas ketelanjuran kata, minta halalkan segala kelemahan dan kekurangan.. sesungguhnya segala yang baik datang dariNya jua dan yang buruk itu atas kelemahan kami.
Jutaan terima kasih juga kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas penyedian tempat yang selesa dan higangan makanan yang menyelerakan.Terima kasih juga kepada team Masam Manis. Insyaallah jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi..
Seni itu indah.. seni harus di hayati.. seni harus di hargai...
Assalamualaikum...
Komentar
Posting Komentar