Jom bersihkan peti sejuk

Bilakah tarikh terakhir anda membersihkan peti sejuk?
Peti sejuk adalah tempat menyimpan bahan makanan terutamanya yang mempunyai jangka hayat yang pendek dan mudah rosak. Oleh itu adalah menjadi kemestian untuk kita senantiasa memastikan peti sejuk kita bersih dan makanan yang tersimpan di dalamnya kekal segar dan terhindar dari tarikh lupus.


Tahukah anda bahawa peti sejuk hendaklah selalu di bersihkan. Paling rajin seminggu sekali.. kalau tak sempat 2 minggu sekali.. kalau tak rajin sekalipun.. sebulan sekali anda harus pastikan  peti sejuk hendaklah di bersihkan.

Peti sejuk boleh dikatakan sebagai jantung dalam rumah kita. Ia sangat-sangat di perlukan dalam keluarga kerana di situlah tempat kita meletakkan segala macam makanan yang kita makan setiap hari. Oleh kerana itu, kita haruslah senantiasa memastikan peti sejuk kita senantiasa berada dalam keadaan bersih dan segar supaya makanan yang di simpan di dalamnya juga terhindar dari pencemaran, kualitinya senantiasa terjaga,  supaya seisi rumah dapat menikmati makanan yang sihat dan kekal berkhasiat.

Di sebabkan bulan Ramadhan sudah tidak sampai berapa hari lagi... apa kata kita intai-intai peti sejuk kita. Bersihkan mana yang patut dan buangkan makanan yang telah tamat tempoh tarikhnya.

Tahukah anda bahawa peti sejuk adalah peralatan eletrik yang tahan lama jangka hayatnya. Ia boleh bertahan antara 5 hingga 10 tahun. Jika anda pandai menjaganya jangka hayatnya boleh menjejak hingga 15 tahun. Peti sejuk adalah merupakan peralatan eletrik yang jarang rosak kecuali jika berlaku litar pintas. Ada sesetengah orang , mereka  menginsurankan peralatan eletrik semasa membelinya.

Hari ini ita kongsikan beberapa tip atau cara bagaimana kita nak membersihkan peti sejuk kita.



Langkah pertama
Keluarkan segala barang yang terdapat di dalam peti sejuk. Pilih hanya barang yang perlu sahaja dengan jangka hayat yang pendek untuk di simpan dalam peti sejuk. Jangan penuhkan peti sejuk dengan makanan yang tidak perlu hingga susah nak tutup dan menyukarkan anda untuk mencari barang di dalamnya. Asingkan makanan dan buangkan mana makanan yang telah rosak atau tamat jangka hayatnya.

Ada yang mencadangkan supaya peti ais di tutup suisnya semasa proses pembersihan. Tapi bagi ita pula, ita bersihkan satu rak demi satu rak, kerana biasanya barang yang ita simpan dalam peti ais, ita asingkan setiap tingkat. Ini memudahkan ita untuk membersihkan dan mengelakkan dari suis di tutup dan di buka. Ita juga bersikan peti ais seminggu sekali, jadi taklah terlalu sukar untuk di bersikan.



Langkah ke dua,
Keluarkan rak dan container dan cuci bersih dengan sabun dan air. Setelah di cuci, jemur atau keringkan. Untuk bahagian dalam peti sejuk pula, gunakan tuala bersih atau span dan lap segala kekotoran atau tumpahan makanan hingga bersih. Untuk celahan yang agak sukar di bersihkan gunakan berus kecil supaya ia dapat sampai ke kawasan yang kotor.

Anda boleh membersikan peti ais dengan bahan pencuci, atau menggunakan soda bikarbonat yang di campur bersama sedikit cuka makan.




Langkah ke tiga,
Masukkan semula atau susun semula rak dan kontiner di tempatnya yang asal.
Pastikan makanan yang hendak di simpan semula ke dalam peti ais di bersikan dahulu. Kalau buah-buahan sebaiknya di cuci dan di keringkan sebelum di simpan di dalam peti sejuk. Begitu juga dengan sayur-sayuran dan makanan basah seperrti ikan, ayam, daging dan makanan laut.

Bagi makanan yang di simpan di dalam bekas, pastikan bekasnya di cuci bersih sebelum di masukkan ke dalam peti ais.

Bagi makanan yang di dalam botol, seperti sos atau kicap, pastikan anda bersikan penutupnya supaya tidak nampak comot. Ita lebih suka memasukkan sos dan kicap ke dalam bekas plastik yang mudah di cuci dan tidak mudah karat. Ada sesetengah penutup botol mudah karat dan tidak berapa sesuai di simpan dalam peti sejuk.


Jangan menyimpan makanan dalam tin yang telah di buka di dalam peti sejuk. Ini kerana kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah di udara. Sebaiknya anda pindahkan dalam bekas kedap udara plastik atau kaca sebelum di simpan di dalam peti sejuk.

Bagi makanan yang anda simpan dalam bekas kedap udara atau tupperware, sebaiknya anda labelkan supaya mudah nak mencari atau anda tahu apa bahan di dalam bekas tersebut. Sebaiknya cari bekas yang lut sinar supaya mudah anda nampak isi kandungannya.
Anda juga boleh meletakkan tarikh luput atau tarikh anda membelinya supaya mudah anda mengetahui jangka hayat makanan tersebut.

Langkah ke empat.
Susun dengan kemas dan pastikan anda susun makanan mengikut tempat yang di khaskan untuknya.

Semasa menyusun atur barangan di dalam peti sejuk. Anda kena pastikan setiap barangan yang di susun itu berada di tempat yang betul. Suhu di dalam peti seju adalah tidak seragam untuk setiap tingkat dan bahagian.


Jom kita belajar pula cara betul untuk menyusun atur barang makanan di dalam peti sejuk.

Sebagaimana yang kita sedia makhlum, peti sejuk kita mempuanyai dua ruang, iaitu ruang sejuk dan ruangan sejuk beku. Kebiasannya ia di pisahkan dan suhu dalam setiap ruang juga berbeza.

Untuk ruang sejuk beku, pastikan suhunya senantiasa berada di paras -18' C hingga 0' C. Jangan terlalu penuhkan peti sejuk, supaya udara sejuk dapat beredar dengan baik di dalamnya. Penyimpanan makanan yang terlalu padat dalam peti sejuk menyebabkan udara tersekat dan tidak dapat beredar dengan baik.

Di bahagian ini kebiasannya kita meletakkan makanan basah seperti ikan, ayam, daging dan makanan laut.
Sebaiknya anda asingkan setiap makanan dan  letakkan dalam container. Jangan di letakkan ia dalam satu tempat kerana makanan laut tidak boleh di letakkan bersama daging kerana di khuatiri akan kesan samorella.

Jangan menyimpan ayam, ikan , daging atau makanan laut terlalu lama dalam peti sejuk kerana kandungan protein dan kelembapan yang tinggi dalam makanan tersebut  akan menggalakkan pembiakkan kuman dan membuatkan ia cepat rosak.



Oleh kerana ita ke pasar hanya seminggu sekali, dan terus belanja untuk barang dapur... jadi.. biasanya ita akan siangkan ikan , ayam atau daging terlebih dahulu. Ita potong kecil, cuci bersih dan jika perlu di  ita marinatekan terus. Ita letakkan dalam plastik dengan jumlah yang kecil untuk sekali masak sahaja. Ini bertujuan supaya ita tak perlu merendam semula, setiap kali nak masak. Proses ini juga lebih mudah dan mempercepatkan proses memasak. Ita akan masukkan dalam bekas dan letakkan label supaya ita tahu apa yang berada dalam bekas tersebut. Ita letakkan di bahagian tengah kerana bahagian ini lebih tinggi tahap kesejukkannya.
Ingat! nyahbeku bahagian makanan yang di perlukan sahaja, elakkan dari menyejukbeku semula makanan yang telah di nyahbeku

Untuk container di bahagian bawah ita letakkan fries, atau daging bugger, atau makanan segera.
Di pintu ruang sejuk beku , biasanya ita letakkan non dairy whipping cream kerana ia perlu berada di ruang beku senantiasa.



Ok! untuk ruangan sejuk pula,

Untuk ruangan atas, letakkan makanan yang tersedia untuk di makan, seperti yogurt, cheese dan lain-lain. Ruangan ini lebih sejuk berbanding bahagian bawah.

Pastikan anda meletakkan telur dan susu di bahagian tengah ruangan sejuk. Telur dan susu tidak sesuai di letakkan di bahagian pintu kerana ruangan pintu adalah bahagian yang kurang kesejukkan dalam peti sejuk.

Telur hendaklah di letakkan dalam bekas telur supaya terjaga kesegarannya. Jangan lupa untuk letakkan label tarikh luput atau tarikh anda membeli telur tersebut.

Oleh kerana ruangan pintu peti seju, suhunya agak kurang sejuk berbanding bahagian lain, cordial minuman, sos atau bahan lain lebih sesuai di letakkan.

Untuk buah-buahan pula, sebaiknya di letakkan di ruangan container di sebelah bawah, atau di letakkan dalam bekas untuk mudah di ambil. Pastikan buah-buahan di cuci bersih sebelum di simpan di dalam peti sejuk.

Sayur-sayuran juga boleh di simpan di container bawah. Cuci bersih sayur sebelum di simpan dalam peti sejuk. Oleh kerana sayur mudah lecur, sebaiknya ianya di bungkus dengan suratkhabar atau di balut plastik supaya senantiasa segar.

Tips penjagaan peti sejuk

1. Jangan kerap kali membuka peti sejuk atau membiarkan pintu peti sejuk terbuka dalam tempoh yang lama. Ini akan menyebabkan suhunya berubah dan meningkatkan bekalan eletrik.

2. Pastikan anda membeli peti sejuk yang mempunyai 2 pintu dan di asingkan ruangan sejuk dan sejuk beku. Ini kerana kita lebih kerap membuka ruangan sejuk berbanding sejuk beku.

3. Jangan penuhkan peti sejuh hingga ruang udara di dalam peti sejuk tidak dapat bergerak dengan baik. ia juga boleh menganggu tahap kesegaran bahan yang kita simpan di dalam peti sejuk.

4. Pastikan anda tidak memasukkan makanan yang masih panas ke dalam peti sejuk anda.

5. Senantiasa memeriksa saluran udara keluar di bahagian sejuk beku supaya tiada barang yang menghalang pengudaraan dalam peti sejuk.

6. Senantiasa membersihkan peti sejuk dan memastikan barang yang di simpan di dalamya tidak berada di luar jangka hayat.

7. Untuk mendapatkan peti sejuk yang segar anda boleh mencuba beberapa petua ini.

~ Letakkan daun pandan yang di simpul ke dalam peti sejuk, supaya peti sejuk anda senantiasa harum. Jika rajin anda boleh menghiris daun pandan seperti bunga rampai, letakkan dalam kain muslem dan letakkan di sudut peti sejuk.

~ Letakkan hirisan lemon. Hirisan lemon boleh memberikan bau yang segar dalam peti sejuk.

~ Jika peti ais tertutup lama akibat ganguan bekalan eletrik, pasti ia akan menghasilkan bau yang kurang enak. Untuk mengurangkan bau yang tidak enak ini, letakkan potongan kayu arang di dalam peti ais. Ia dapat memerangkap bau dan mengembalikan kesegaran bau peti ais anda.

Sebagai seorang suri rumah yang terlibat dengan pembuatakn kek. Ita memerlukan 2 peti sejuk untuk menyimpan segala barang keperluan ita seharian.
Satu peti sejuk khas untuk barang keperluan rumah dan keluarga dan satu lagi ita khususkan untuk menyimpan kek dan barang-barang membuat kek dan biskut yang tidak panjang jangka hayatnya.

Jom intai peti sejuk ita.


Ini peti sejuk ita untuk ita menyimpan kek dan barangan membuat kek. Hari ni kek tak banyak, jadi bolehlah intai peti ais ita ni. Kalau ada kek payah pulak nak ambil gambar nanti.

Peti ais ita ni dah lebih kurang 3 tahun usianya. Ita beli hanya 2 pintu sahaja di sebabkan bukaan dapur ita yang agak sempit , dan tak mampu nak menampung peti ais yang besar. Cukuplah 2 pintu, lagipun bukan ita buat banyak kek pun. Hanya mengambil tempahan setakat kemampuan ita sahaja.

Peti ais ni ita bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian ita letakkan barangan kek yang perlu di simpan dalam peti ais seperti badam, kekacang, paste dan filling serta beberapa bahan yang perlu di simpan dalam peti ais.

Ruangan yang sebahagian lagi pula untuk ita letakkan kek. Peti ais ini perlu bagi bakers macam ita dan kawan-kawan supaya mudah untuk menyimpan kek yang besar dan tinggi. Raknya boleh di buka untuk menampung kek yang tinggi saiznya.


Di ruangan bawah, ita letakkan barangan kek ita yang ita simpan di dalam bekas kedap udara. Ita letakkan label untuk setiap bekas supaya mudah untuk ita tahu isi kandungannya.



Di ruangan atas pula ita letakkan susu, whipping cream, cheese dan lain-lain. Biasanya ita suka letak dalam container supaya rak ita tidak comot dan mudah untuk di bersihkan.


Selain peti sejuk untuk menyimpan kek, ita ada satu lagi peti sejuk untuk menyimpan bahan harian. Barang keperluan harian tidak boleh di simpan dalam peti ais untuk kek kerana ita bimbang ada sesetengah kek yang menyerap bau bahan makanan yang kurang enak. Untuk mendapatkan kek yang segar rasanya sebaiknya kita asingkan peti sejuk untuk kek dan makanan harian.


Peti ais ita ni berjenama Samsung. dah lama dah peti ais ni hampir 15 tahun usianya dan banyak berjasa pada ita dan keluarga. Sebab tu kena jaga baik-baik...
Ia ada 2 pintu dan satu untuk ruangan sejuk dan satu pintu untuk bahagian sejuk beku.


Untuk ruangan atas, ita letakkan barangan keperluan harian yang selalu di guna pakai. Ita letakkan dalam container supaya mudah untuk ita bawa keluar bila ita memerlukannya.


Di bahagian tengah ita letakkan buah-buahan dan gula-gula atau jajan anak-anak. Ita letak dalam bakul yang mudah di tarik dan mudah di ambil oleh anak-anak. Bakul ni ita beli dekat Daiso.



Di bahagian bawah ita letakkan sayur-sayuran atau barang basah yang ita guna pakai untuk memasak. Semua bahan ini ita letakkan dalam tupperware dan ita labelkan untuk mudah bila ita nak mencarinya. Ita juga suka guna bekas lutsinar supaya mudah ita lihat apa bahan di dalamnya. Tupperware ini juga ita beli di Daiso.



Di pintu peti sejuk pula ita letakkan minuman yang ita bancuh sendiri untuk keluarga, dan ita letakkan dalam botol kaca.
Ita jula letakkan minuman bergas dan botol-botol sos di rak bahagian pintu.
Sos pula ita letakkan dalam botol sos yang ita beli. Ita lebih suka letakkan sos dalam botol lain kerana ita tidak berapa gemar melihat tutup botol sos yang comot dan sukar di cuci. Ada juga sesetengah penutup botol sos yang mudah berkarat. Untuk lebih bersih dan selamat ita masukkan dalam bekas lain.


Untuk bahagian sejuk beku pula, di bahagian pintu, ita letakkan non dairy wipping cream, jelly dan lain-lain

Bahagian container bawah ita letakkan nugget, fries dan lain-lain makan sejuk beku.


Daging, ikan ayam dan makan laut ita letakkan dalam tupperware dan ita labelkan untuk mudah di cari bila nak memasak. Ini juga untuk mengelakkan air ikan atau daging tumpah dalam peti ais dan memberikan bau yang tidak enak dalam peti sejuk juga menyukarkan proses pembersihan..

Ikan yang ita simpan, ita dah siap siang , dah di bersihkan dan di marinate terus untuk mudah ita memasak. Ita letakkan dalam dalam plastik untuk jumpah yang kecil dan untuk satu kali masak. Ianya juga untuk memudahkan ita defrost dan mempersepatkan proses memasak. Begitu juga yang ita lakukan untuk ayam, daging dan makanan laut yang lain.

Ok sampai di sini sahaja yang dapat ita kongsikan untuk hari ini. Ita berharap penerangan yang serba ringkas, tip dan panduan ini dapat membantu rakan-rakan untuk membersihakn peti ais masing-masing sebelum kedatangan Ramadhan nanti.

Assalamualaikum.






Komentar

Postingan populer dari blog ini

Iftar 3 Ramadhan 2017

Orange Coktail

Alhamdulillah SUJUD Syukurku Kepada ALLAH... Ampunilah Dosa-Dosaku..